Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
SHAH ALAM 25 Okt. – Polis menahan dua pengawal keselamatan dan seorang wanita, dipercayai bersubahat dan mempunyai kaitan dengan suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini kelmarin.

Dua pengawal keselamatan terbabit merupakan saudara suspek sementara wanita itu pula dipercayai isterinya berusia 20-an hingga 30-an.

Kesemua suspek yang merupakan rakyat negara jiran tetapi dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Kemuning, Klang pada malam hari kejadian.

Susulan penahanan ketiga-tiga mereka, polis turut menemui wang tunai RM20,000 yang dipercayai sebahagian daripada RM450,000 hasil rompakan suspek dari peti besi Ambank cawangan berkenaan.

AmBank Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, siasatan awal percaya selepas melarikan diri dari Ambank, suspek telah mengagih-agihkan sebahagian kecil hasil rompakan termasuk kepada tiga yang ditahan.

Beliau berkata, wang tunai RM20,000 itu disembunyikan mereka di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya dekat sini yang merupakan tempat kerja dua pengawal keselamatan yang ditahan.

"Kita masih memburu suspek yang dipercayai masih berada di negara ini bersama hasil rompakan dan selaras pump gun yang digunakan untuk menembak mati mangsa.

"Siasatan kita juga percaya suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37, bukan berasal dari Sabah tetapi dari negara jiran dan dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

"Kini kita sedang menyiasat bagaimana suspek memperolehi kad pengenalan, serta dibenarkan menggunakan senjata api," kata beliau kepada pemberita di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini.

Difahamkan, suspek yang diburu berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Sementara itu Bernama melaporkan Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.

Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan.

"Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. – BERNAMA

Gambar Yang Dipercayai Suspek, Klik Sini




-


-via

P/S : Syukurlah Malaysia Masih Aman!
SERDANG - Panggilan singkat Norazita yang beria-ia benar hendak tahu sejauh mana kasih suaminya, rupanya petanda ajal wanita itu hendak pergi buat selama-lamanya.

Suaminya, Irwan Kamarudin, 37, sama sekali tidak menyangka itulah panggilan terakhir dan paling singkat daripada isteri tersayang.

“Abang masih sayang saya?” Begitu pertanyaan Norazita dan berkali-kali dia mengulang soalan itu menerusi panggilan telefon kepada suaminya sekitar jam 5 petang, kira-kira sejam sebelum dia ditembak mati oleh perompak.

"Kemudian saya jawab, 'abang sayang awak seperti kita mula berkahwin dulu. Tidak pernah berubah kasih sayang abang pada awak," ucap Irwan dalam nada suara menahan sebak.

Dalam kejadian sekitar 6.20 petang kelmarin, isterinya, Norazita Abu Talib, 37, mati tragis ditembak perompak dalam kejadian rompakan di bank tempatnya bekerja.

"Tetapi saya tidak boleh bercakap lama dengan isteri saya, kerana waktu itu saya sedang bekerja," luah Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi di sebuah syarikat di Bukit Jelutong.

Sambungnya, sekitar 6.20 petang, dia beberapa kali menghubungi Norazita  untuk bertanya sama ada isterinya itu sudah pulang ke rumah ataupun belum tetapi panggilan  tidak berjawab namun pada ketika itu dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sehinggalah seorang pengurus bank menjawab panggilan itu dan memintanya segera datang ke bank tersebut.

"Saya tanya dia apa yang berlaku tapi dia tidak jawab soalan saya, cuma suruh saya datang ke sana. Beberapa minit kemudian, seorang kawan beritahu saya yang dia mendengar ada rompakan di bank isteri saya bekerja, menerusi laman sosial Facebook.

"Ya ALLAH, ketika itulah hati saya mula terdetik memikirkan sesuatu dan menjadi tidak tenteram," katanya.

Sehinggalah pada waktu dia sampai, dia begitu terkejut setelah melihat ramai polis di tempat kejadian dan polis tidak membenarkannya masuk ke dalam bank itu.

Jantungnya berdebar dan katanya, dia bertanyakan keadaan isterinya tetapi polis mengatakan isterinya berada dalam keadaan baik.

“Pada awalnya, seorang anggota polis memberitahu, isteri saya baik saja, tetapi kira-kira 9 malam, salah seorang anggota polis beritahu  yang isteri saya sudah tiada lagi (mati ditembak).

"Pada saat mendengar berita itu, hati saya bagaikan hancur. Sedih dan pilu berpadu," luah Irwan dan ini bermakna panggilan singkat sejam sebelum kejadian itulah kali terakhir dia mendengar suara Norazita.

Irwan  benar-benar tidak menyangka  nasib malang menimpa Norazita sedemikian rupa kerana isterinya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku sebelum ajal, dan kesedihan apalagi yang boleh diceritakan saat mendengar khabar, isterinya telah mati ditembak.

Menceritakan kisah isterinya itu, Irwan berkata, Norazita memang seorang yang agak pendiam, namun sangat baik hati dengan orang lain dan tidak menyangka Norazita terkorban secara kejam di tangan perompak.

Menurutnya, dia sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga bersama arwah dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Nurnisa Nabilah, 12, dan Muhd Hazimy, 8.

“Arwah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Air Itam Labu, Kampar pada hari ini (semalam),” katanya di Jabatan Forensik, Hospital Serdang, semalam.

Jenazah dimasukkan ke dalam van Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia selepas bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Serdang, semalam.

Sementara itu, berkongsi sedih dengan ayahnya, anak sulung arwah, Nurnisa Nabilah berkata dia telah kehilangan ibu yang selama ini menjadi tempat bermanja.

“Walaupun ibu seorang yang garang, tapi dia sangat sayangkan saya dan Hazimy.

"Sekarang mak dah tak ada,” kata kanak-kanak itu dalam nada sayu.

Dalam kejadian kelmarin, Norazita yang bekerja sebagai pegawai bank di Ambank USJ, ditembak mati oleh perompak yang juga pengawal keselamatan di bank yang sama.

Seisi rakyat Malaysia turut  merasai kekejaman  yang berlaku terhadap wanita itu apabila perompak berkenaan tergamak menembaknya tanpa sebab sedangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Norazita langsung tidak melawan.

Lebih mengerikan kerana insiden tembak itu dimuat naik menerusi laman sosial Facebook  yang memaparkan Norazita ditembak pada muka hingga menyebabkan separuh dan otaknya hancur.

Dalam pada itu, perompak kejam tersebut berjaya lari dengan membawa wang rompakan itu dan kini polis sedang memburu pembunuh Norazita. Al Fatihah.

Gambar Suspek Yang Diburu Klik Sini


-




P/S : Syukurlah Malaysia masih aman!
SUBANG JAYA: Polis sedang mengesan seorang pengawal keselamatan bank yang menembak mati seorang wanita kakitangan bank yang dirompaknya di sebuah bank di USJ Sentral, petang tadi.

Walaupun bergerak sendirian, lelaki berusia dalam lingkungan lewat 30-an ini dikategorikan berbahaya kerana memiliki senjata api yang digunakan dalam rompakan berdarah pada 6.18 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, identiti sebenar lelaki itu masih dikenal pasti berikutan dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu sejak berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan yang menjadi majikannya sejak setahun lalu.

Kad Pengenalan Yang Di Percayai Palsu

"Suspek masih bersenjata dan kita harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit," katanya kepada media di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, pegawai operasi bank Ambank, Norazita Abu Talib, 37, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek berusia 37 tahun yang berasal dari Sabah.

Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa bersama suspek serta tiga lagi pekerja wanita bank itu berada di premis berkenaan untuk membuka sebuah peti besi.

Dipercayai apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan dan mengenai dahi mangsa yang meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

Suspek sempat mengambil sejumlah wang itu telah melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Abdul Rahim berkata, siasatan mendapati ketika kejadian suspek bersama si mati dan tiga lagi wanita yang bekerja di bank berkenaan.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) di bank ini, kita dapati suspek berusia 37 tahun tidak gementar atau ragu-ragu ketika melakukan perbuatan berkenaan.

"Lelaki terbabit dilapor melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum mengarahkan seorang lagi pekerja memasukkan duit ke dalam beg hitam yang dibawanya selepas si mati membuka pintu kebal berkenaan.

"Akibat tembakan itu, wanita terbabit yang bekerja sejak 16 tahun di bank ini maut di tempat kejadian," katanya yang turut mengedarkan gambar suspek kepada media di lokasi kejadian.

Gambar Suspek

Gambar Suspek

Ditanya wartawan mengenai status suspek, Abdul Rahim berkata, lelaki terbabit adalah pekerja (pengawal keselamatan) yang menggantikan orang lain ketika kejadian.

"Suspek bergerak sendirian dalam kejadian itu. Dia ganti orang lain pada hari ini dan pernah menggantikan empat ke lima kali mengawal bank ini sepanjang setahun dia bekerja dengan syarikat keselamatan berkenaan," katanya.

Katanya, keraguan dalam kad pengenalan milik suspek yang disyaki palsu itu akan dipastikan selepas ini dengan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, pihaknya juga akan memeriksa cctv di kawasan berhampiran.

Katanya, sehingga kini pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang yang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit.

Katanya, mangsa sudah bekerja di bank berkenaan sejak 16 tahun lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).



-

-via

“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang [...]

Kami terpaksa memindahkan artikel ini, Klik sini untuk baca selanjutnya
KOTA BHARU - Seorang calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sini, terpaksa menduduki peperiksaan terbabit di wad sebuah hospital...

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor,15, berkata, akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya yang dikenali dua tahun lalu, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar.

Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menduduki peperiksaan.

Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya  dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.

Nor duduk di katil, ketika menjalani peperiksaan PMR di wad sebuah hospital.

"Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.

"Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini  memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar," katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Nor berkata, dia kini menyesal dengan perbuatannya itu dan mengharapkan keputusan peperiksaannya lebih baik daripada peperiksaan percubaan sebelum ini yang hanya memperolehi 2A.

"Saya nak berjaya dalam peperiksaan ini dan harap dapat sekurang-kurangnya 4A dalam enam mata pelajaran yang diambil supaya saya dapat buktikan bahawa saya masih mampu meneruskan pelajaran untuk ke tingkatan 4 nanti serta dapat menebus kesalahan lalu," katanya.

Nor berharap, selepas ini dia dapat meneruskan persekolahan dan menumpukan perhatian dalam pelajaran walaupun pernah terlanjur dan tidak mengulangi kesilapan lalu.

-via
Info penting sebagai peringatan untuk kita.Jadikan kisah ini sebagai pengajaran.

Subang Jaya: Seorang pekerja kedai runcit di sebuah kondominium di USJ 8, di sini, mengambil peluang mencabul seorang remaja sebaik menyedari ibu remaja itu tiada di rumah ketika menghantar tong gas ke rumahnya, Isnin lalu.

Lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia 20-an terbabit difahamkan sudah bekerja di kedai runcit kondominium itu sejak beberapa bulan lalu.

Ibu gadis berusia 13 tahun terbabit yang mahu dikenali Wong, 40, berkata dia mengetahui perbuatan jijik lelaki itu apabila anaknya menghubungi sebelum dia meminta bantuan jiran ke rumahnya di tingkat tiga.

“Ketika kejadian, saya sedang bekerja dan anak perempuan saya menghubungi memberitahu kehadiran lelaki itu. Saya memberitahunya memang ada menempah gas dua hari lalu (sebelum kejadian),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, anak perempuannya kemudian membuka pintu dan membenarkan lelaki terbabit masuk ke bahagian dapur untuk meletakkan tong gas berkenaan.

Gambar Hiasan

“Namun, mengejutkan apabila lelaki itu secara tiba-tiba bertindak membuka seluar dan mengeluarkan kemaluannya. Lelaki berkenaan turut memegang dan meraba keseluruhan badan anak saya.

“Anak saya yang terkejut dengan tindakan itu berjaya melepaskan diri dan berlari ke bahagian dapur lalu menghubungi saya,” katanya.

Wong berkata, dia segera menghubungi jiran meminta bantuan sebaik panik mengetahui insiden menimpa anak gadisnya itu.

Katanya, lelaki berkenaan kemudian bertindak melarikan diri sejurus menyedari kehadiran jirannya.

Berikutan itu, Wong membawa anak gadisnya itu membuat laporan di Balai Polis USJ 8.

Difahamkan, lelaki itu kini sudah menghilangkan diri selepas kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chua mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
SELAYANG - Keresahan penduduk di Jalan 31, Selayang Bharu sejak tujuh tahun lalu berakhir. Kilang pau babi yang beroperasi secara haram di sini akhirnya dirobohkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Sebelum ini,  penduduk berhampiran mengadu berdepan masalah bau dan longkang tersumbat sejak kilang berkenaan wujud.

Semalam, satu tindakan penguatkuasaan dilakukan MPS dengan merobohkan sambungan pada kilang yang beroperasi sejak tahun 2006 itu selain menyita peralatan termasuk kompaun bernilai RM12,500.

Arahan pemindahan juga telah dilakukan kerana lokasi kilang itu tidak sesuai iaitu berhampiran kawasan perumahan.


Pengarah Jabatan Bangunan MPS, Azam Mohamad berkata, tindakan perobohan dilakukan kerana pengusaha membuat penyambungan tanpa kebenaran di bawah 70 (11) akta 133.

“Tindakan pemilik membuat sambungan haram menyusahkan penduduk sekitar kerana mengganggu lalu lintas berikutan terlalu hampir dengan jalan.

“Malahan penduduk juga sukar meletakkan kenderaan kerana kawasan tersebut digunakan pemilik kilang untuk kenderaan mereka,” katanya.

Menurut Azam, notis perobohan telah dikeluarkan beberapa kali dan terakhir adalah dua minggu lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan MPS, Dr Razif Zainol Abidin berkata, kilang tersebut sebelum ini dikenakan beberapa tindakan termasuk arahan penutupan atas kesalahan 'establismen' makanan.

“Selain dibimbangi makanan tercemar, kilang tersebut juga didapati melepaskan air dan sisa buangan terus ke longkang utama menyebabkan masalah bau dan longkang tersumbat.

Daging babi dan peralatan lain antara barangan yang disita oleh MPS.

“Lesen operasi mereka telah digantung sejak dua tahun lepas tetapi mereka beroperasi sehingga kini secara haram menggunakan pekerja tempatan dan luar,” katanya.

Operasi penguatkuasaan itu diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPS, Azmi Ismail bersama lebih 60 anggota termasuk bantuan daripada pihak polis bermula jam 9 pagi.

Katanya, tindakan drastik dilakukan selepas aduan berulang diterima daripada orang awam selain tindakan pemilik yang beroperasi walaupun telah beberapa kali di kompaun.

Sinar Harian sebelum ini pernah melaporkan keluhan penduduk sekitar sini yang tidak tahan dengan bau busuk dan berdepan masalah tikus dan lalat di dakwa datang daripada kilang tersebut.

Kilang pau tersebut dipercayai dipasarkan di sekitar Lembah Klang dan dimiliki oleh warga tempatan yang turut menyediakan pau babi.

-Sumber
TELUK INTAN - Seorang tauke kedai rempah ratus tidak menyangka besi buruk yang dijumpai di tepi premisnya di Jalan Laksamana, di sini, pagi semalam adalah bom mortar lama peninggalan zaman perang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisoner Goh Kok Liang berkata, pemilik kedai berusia dalam lingkungan 20-an itu melaporkan kepada polis sejurus menemui bom berkenaan.

“Kami segera ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada pengadu dan mendapati ia adalah sebutir bom lama jenis mortar yang dipercayai digunakan sama ada sewaktu Perang Dunia Pertama atau Kedua.

Bom jenis mortar dijumpai seorang penduduk berjaya dimusnahkan oleh pasukan Unit Pemusnah Bom daripada IPK, petang semalam.

“Bom mortar jenis 81 mm itu berukuran 0.46 meter panjang dan mempunyai kelebaran lebih kurang 15.24 sentimeter.

“Berikutan itu, kami meminta bantuan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk melakukan kerja pemusnahan,” katanya.

Kok Liang berkata, bom berkenaan berjaya dimusnahkan di sebuah kawasan selamat kira-kira jam 5.40 petang semalam.

-Sumber
Kuala Lumpur: Akibat diperdaya sepupu yang kononnya ingin membantu mendapatkan pekerjaan di sebuah kilang di ibu kota dengan gaji menjangkau RM3,000 sebulan, seorang gadis berusia 16 tahun akhirnya terhumban ke lembah pelacuran.

Mujur, selepas hanya seminggu dipaksa melayani puluhan lelaki di sebuah premis di Jalan Raja Laut di sini, mangsa meloloskan diri Jumaat lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.

Sumber polis berkata, mangsa yang berasal dari Pahang datang ke ibu negara pada 13 September lalu selepas terpedaya dengan helah sepupunya yang berusia 30-an.

Gambar Hiasan

“Hakikatnya, lelaki itu sebenarnya bapa ayam dan dia membawa mangsa ke rumah kedai di Jalan Raja Laut, sebelum memaksa gadis itu melayani puluhan lelaki di bilik di premis berkenaan.

“Pada mulanya mangsa enggan berbuat demikian namun dia dipukul lelaki terbabit tanpa belas kasihan. Tambah keji, suspek turut memaksanya mengambil dadah.

“Sejak 13 September lalu, mangsa dilaporkan menunggu peluang meloloskan diri, namun dia hanya berkesempatan berbuat demikian jam 8 malam, Jumaat lalu 20 September lalu,” katanya.

Menurutnya, ketika itu suspek tiada di rumah berkenaan selepas menyerahkan mangsa kepada seorang lelaki untuk dilanggani.

“Mendapati suspek tiada di rumah, mangsa melarikan diri sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa dipaksa melayani puluhan lelaki dan jika tidak, dia dipukul selain dipaksa mengambil dadah oleh sepupunya itu.

Mangsa juga mendakwa, kad pengenalan dan telefon bimbit miliknya turut disimpan suspek bagi mengelakkannya melarikan diri.

Harian Metro difahamkan, suspek kini menghilangkan diri dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

-Sumber
Kuala Kubu Bharu - Gara-gara kemaruk seks, seorang pelajar 13 tahun sanggup menipu ahli keluarganya dengan alasan mahu bermalam di rumah rakan, sebaliknya dia menuju ke sebuah surau menanti lapan lelaki untuk menidurinya.

Walaupun diperlakukan seperti pelacur, pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah, masih tidak kesal dengan perbuatannya dan cuba menyembunyikan daripada keluarga.

Bagaimanapun perkara itu dihidu seorang lelaki yang kebetulan berada di kawasan surau dan ternampak remaja itu membersihkan pakaiannya.

Gambar Hiasan

Setelah mendapat tahu perkara sebenar, lelaki terbabit yang tinggal di perumahan dalam bandar itu menyampaikan hal tersebut ke pengetahuan keluarga gadis tersebut sebelum laporan polis dibuat.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, pelajar perempuan terbabit dilaporkan sering ponteng sekolah dan kurang mendapat perhatian keluarganya.

Menurutnya, ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya sudah kembali ke Indonesia dan kedua-duanya sudah berkahwin lain.  Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, siasatan awal

mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada pagi 20 September lalu di sebuah rumah kosong kira-kira 100 meter dari surau berkenaan.

“Pelajar itu dilaporkan ponteng sekolah pada 19 September dan tidak pulang ke rumah sebaliknya tidur di surau dalam taman perumahan di bandar itu.

“Sebaik perempuan itu sedar keesokannya, rakan-rakan lelakinya sudah menunggu sebelum mengikuti mereka ke sebuah rumah kosong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, bertindak atas laporan keluarga mangsa, polis menangkap kelapan-lapan suspek dan direman untuk siasatan lanjut.

"Enam suspek berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun.

“Pelajar perempuan tersebut dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat berkait rogol kerana mangsa masih di bawah umur," katanya.

-Sumber
Kuala Lumpur: Seperti kebanyakan wanita lain yang bekerja di pejabat, dia berpakaian sopan walaupun tidak bertudung bersesuaian dengan kerjayanya sebagai kerani akaun di sebuah syarikat swasta di ibu kota.

Sepanjang waktu bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang, wanita ini juga dikenali sebagai pekerja komited yang sentiasa mampu menyiapkan tugasan dalam masa ditetapkan.

Di pejabat juga, dia dianggap wanita pendiam yang tidak mempunyai banyak kawan selain bukan daripada jenis mengada-ngada dan gemar menarik perhatian lelaki termasuk bos.

LINA dakwa mampu peroleh RM10,000 buat dua pekerjaan siang malam.

Itulah imej Lina, 32, pada siang hari. Bagaimanapun, apabila tiba waktu malam, wanita dari selatan tanah air ini berubah `kulit’ apabila licik menjual tubuh bagi menampung kehidupan mewahnya di ibu kota.

Hasil daripada dua punca pendapatan itu, Lina mampu meraih RM10,000 sebulan dan tidak menghadapi masalah untuk berbelanja mewah termasuk memiliki kereta, membeli pakaian berjenama dan menyewa kondominium mewah.

-Sumber
Kuala Lumpur: “Saya memang macam itu. Jenis miang sikit. Saya faham semua orang tak selesa. Saya memang ada satu tabiat tak senonoh macam itu. Patut awak sound (beri amaran) masa kali pertama saya buat.”

Itulah SMS pengakuan seorang guru disiplin kepada wanita yang juga rakan sejawat di sebuah sekolah di ibu negara selepas tembelangnya yang sering melakukan gangguan seksual terbongkar.


Akibatnya, guru wanita itu menghadapi tekanan perasaan selepas kerap diganggu termasuk tangannya dipegang serta betisnya diraba beberapa kali sejak Februari lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Anis, 27, berkata, dia mula ‘diusik’ guru berusia awal 30-an itu sejak berpindah ke sekolah berkenaan awal tahun lalu dan tidak menyangka diperlakukan sebegitu tanpa segan silu biarpun di depan murid.

Namun, penderitaan Anis berakhir apabila guru lelaki itu ditahan pihak berkuasa Isnin lalu berikutan laporan polis dibuat seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mendakwa dicabul guru itu.

SMS :

MESEJ dihantar guru berkenaan kepada Anis.

-Sumber
Kajang: Dia menendang pintu bilik di rumahnya di Saujana Impian, di sini, sehingga pecah sebelum memukul dan menendang suaminya yang bersembunyi di dalam.

Itulah tindakan ganas seorang wanita berusia 38 tahun terhadap suaminya berusia 40 tahun selepas mengesyaki lelaki itu menduakannya.

Akibat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu itu, suami terbabit yang juga peniaga dilaporkan cedera di badan dan kepalanya akibat ditendang dan dipukul isterinya.

Gambar Hiasan

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan difahamkan dia sudah membuat lima laporan polis berhubung keganasan isterinya yang sering memukulnya sejak lebih tujuh bulan lalu.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian awal pagi Sabtu lalu, mangsa yang baru pulang mengajak isterinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu berbincang mengenai masalah keluarga mereka.

“Bagaimanapun, permintaan mangsa dibalas dengan maki-hamun oleh isterinya. Biarpun dipujuk, wanita itu terus memaki hamun mangsa sebelum mengugut untuk membelasahnya,” katanya.

Menurutnya, bimbang dengan ugutan isterinya dan menyedari wanita itu sering bertindak agresif terhadapnya, mangsa segera masuk ke bilik utama rumahnya sebelum mengunci pintu dari dalam.

“Kira-kira 10 minit kemudian, wanita terbabit mengetuk pintu bilik sambil mengarahkan mangsa membukanya, namun mangsa hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana takut dipukul.

“Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang lalu wanita itu menendang pintu bilik sehingga pecah. Selepas masuk, dia terus menendang dan memukul mangsa beberapa kali,” katanya.

Sumber itu memberitahu, ketika ditendang dan dipukul, mangsa tidak melawan sebaliknya hanya meminta dikasihani, namun rayuannya tidak diendahkan isterinya.

“Suspek (isteri) hanya berhenti memukul suaminya itu selepas melihat kepala mangsa berdarah,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian bergegas meninggalkan rumahnya sebelum membuat laporan polis. “Dalam laporannya, mangsa menyatakan dia sering dipukul isterinya sejak lebih tujuh bulan lalu dan sudah membuat lima laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima lima laporan laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu semua kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

-Sumber
Innalillah...

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji;uun. Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa, pimpinan Majelis Rasulullah SAW di Pancoran, Jakarta, Indonesia telah pergi meninggalkan kita semua di Rumah Sakit Cinto Mangunkusumo, Kencana, Jakarta, sekitar jam 5 petang semalam (15 September 2013) Waktu Indonesia Barat (WIB).

Punca sebenar kemangkatannya belum lagi diketahui dan sumber info adalah melalui berita terkini dari Indonesia. Kemangkatan Al-Habib telah mengurangkan satu lagi permata ilmu dalam alam Nusantara ini. Almarhum Habib merupakan seorang pendakwah bebas yang telah lama berbakti di kota Jakarta. Sering mengadakan acara Majelis Taalim dan Dzikir serta Haul Maulid Akbar di hadapan Monas, Jakarta dengan mencatatkan jumlah kehadiran jutaan ummat dari seluruh pelosok dunia setiap tahun.

Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa

Habib Munzir Al-Musawa merupakan anak murid kepada Habib Umar bin Hafidz sewaktu beliau menuntut ilmu di Dar Al-Mustafa, Tareem, Hadramawt. Habib Munzir berguru dengan Habib Umar sekitar 4 tahun di sana mendalami pelbagai ilmu syariat dan tasauf. Pulang ke Jakarta, Almarhum Habib meneruskan usaha dakwahnya saban tahun mengajak umat kota Jakarta agar kembali mendekatkan diri kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan mencintai Rasulullah SalALLAHu Alaihi Wasallam.

Terdapat beberapa kisah menarik yang ada diceritakan oleh anak-anak murid Habib yang berlaku sebelum pemergiannya. Al-habib pergi pulang ke Rahmatullah genap usianya 40 tahun. Salah seorang anak muridnya pernah memberitahu bahawa, Almarhum telah menceritakan kepadanya bahawa beliau (Almarhum) pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan dalam mimpi itu, Baginda SAW berpesan bahawa Habib Munzir akan sempat bertemu dengan Rasulullah SAW genap usianya 40 tahun. Kisahnya lanjut boleh dibaca disini: Detik Pemergian Habib Munzir

Untuk membaca artikel lengkap tentang pemergian Habib, anda boleh membacanya disini: Detik News: Habib Munzir Pulang Ke Rahmatullah

Al-Fatihah... tsumma ila Ruhi Almarhum Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa Rahimahullah. Wa Nafa'ana Wa Iyyahum Bi Ulumihim fid Daaraini, Amiin. Allahummarhamhu Wa'aafihi Wa'fuanhu. Ya ALLAH, perpanjangkanlah warisannya di bumi Nusantara ini. Perpanjangkanlah warisan keilmuan dan kecintaannya kepada Rasulullah SAWAW di bumi Nusantara ini. Janganlah ENGKAU jadikan pemergiannya asbab terputusnya Mahabbah Rasulillah. Jadikanlah dengan pemergiannya akan melahirkan lebih ramai penggantinya yang baik-baik dan dapat mengajak ummat ke arah penyatuan serta Mahabbah Rasulillah SAWAW. Ya ALLAH, sesungguhnya, tidak akan terputusnya tali rantaian Ahlul Bait selagi belum kiamat dunia ini. Maka ENGKAU sambungkanlah kembali, Ya Arhamar Raahimiin....

Walhamdulillahirabbil 'aalamiin.


WAllahuA'lam Bissawab.
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Artikel ini ditulis bersumberkan berita daripada: Innalillah, Perginya Permata Berharga Nusantara
KULIM - Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) menahan empat remaja perempuan berusia antara 16 hingga 22 tahun kerana berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai di sebuah stesen minyak di sini, kira-kira jam 2.45 pagi kelmarin.

Ketika ditahan, dua perempuan bersama seorang lelaki berusia 20an dipercayai bekerja sebagai seorang pensyarah berkelakuan mencurigakan dalam kereta jenis Perodua Viva yang diletakkan di tepi stesen minyak terlibat.

Suspek yang dipercayai lari dari rumah sejak seminggu lalu.

Setelah pemeriksaan, pegawai penguatkuasa PADK membawa kesemua terlibat ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum menjalani ujian saringan air kencing di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

Dari pemeriksaan, salah seorang remaja perempuan berusia 16 tahun itu sudah seminggu lari dari rumah dan tinggal bersama temannya di Bukit Mertajam. Memandangkan suspek masih di bawah umur, polis telah mengarahkannya menghubungi keluarga sebelum dibawa pulang ke rumah.

Menurut suspek, dia mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama kekasihnya Ahad lalu ketika tidur bersama di ruang tamu rumah rakan ditumpanginya.

Polis kemudiannya memaklumkan mengenai kejadian itu kepada waris.

Kerana tidak puas hati dengan kejadian berlaku, suspek bersama ibu membuat laporan polis di Pulau Pinang dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

-Sumber
Tehran, Iran – Seorang pemuda telah dipaksa untuk 'berkahwin' dengan seorang gadis di Iran sehari sebelum gadis berkenaan dihukum bunuh. Tujuan 'perkahwinan' tersebut berlansung semata-mata bagi membolehkan hukuman mati dilaksanakan keatas gadis berkenaan.

Remaja lelaki yang tidak dimaklumkan identitinya itu merupakan pengikut pemimpin Spiritual Iran, Ali Khameini. Memetik laporan The Jurussalem Post, pemuda yang baru berumur 18 tahun ini telah diberikan kebenaran untuk berkahwin dengan wanita muda yang akan menjalani hukuman bunuh.

Gambar Hiasan

Berdasarkan undang-undang Agama Syiah di Iran, seseorang wanita yang masih dara tidak dibenarkan untuk menjalani hukuman mati. Maka untuk 'mengesahkan' undang-undang berkenaan, pemerintah Iran telah mengadakan upacara 'perkahwinan' kecil-kecilan dengan seorang pemuda yang 'terpilih' pada malam sebelum wanita muda berkenaan menjalani hukumannya.

Usai 'perkahwinan' pada malam itu, wanita dan pemuda berkenaan telah melakukan hubungan seks yang sekaligus meragut 'daranya' lalu membolehkan hukuman mati dilaksanakan pada keesokkan harinya.

“Saya menyesal kerana telah melakukannya (hubungan seks) meskipun perkara itu 'sah',”

Pemuda berkenaan menambah, dirinya tidak akan pernah melupakan saat-saat ketika malam menjelang hari hukuman mati isterinya.

“Saya selalu teringat saat dia menangis setelah hubungan seks itu selesai,” ujarnya.

“Dan saya tidak akan pernah lupa ketika dia mencakar-cakar wajahnya dengan kukunya sendiri sehingga terjadi luka hasil goresan,” ceritanya sedih.
Riyadh: Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Ia mungkin kedengaran aneh, tetapi benar berlaku dan disertai wanita negara itu, bersama panel hakim untuk menghakimi peserta dan dua naib juara.

Selamat datang ke acara tahunan kali ketiga pertandingan ratu cantik Arab ‘Ratu Etika’ , di mana wanita yang menang tidak dinobatkan berdasarkan paras rupa, ukuran badan atau kecantikan fizikal, tetapi pada ‘etika’ beliau. Tema pertandingan ratu cantik tahun ini ialah "etika saya, identiti saya". Pertandingan diadakan Isnin lalu di Dewan Besar Raja Abdullah di wilayah Timur Qatif.


Pemenang, Maram Zaki al-Saif, dipilih sebagai ‘Ratu Etika’ Arab selepas hakim terpegun dengan aksi beliau yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.

Selain merangkul gelaran ‘Ratu Etika’, Saif turut menerima wang tunai bernilai kira-kira 10,000 riyal (RM8,153), ujar akhbar tempatan harian, Sharq.

Ratu yang berasal dari kepulauan Tarout di Arab Saudi ini adalah antara lima finalis yang berjaya mengharungi setiap saringan yang disertai 285 peserta, berumur antara 16 dan 24 tahun.

Dalam pertandingan sama, Fatema Abdel Jaleel Al Abad, 17, dari rantau Al-Ahsa Arab Saudi dinobatkan naib johan manakala Fatema Saeed Al Baik, 23, dari Al Qatif naib juara kedua.


Selain etika peserta dan tingkah laku yang baik, pengarah eksekutif pertandingan Khadra'a Al Mubarak berkata kriteria pemilihan pemenang turut dinilai daripada segi karisma dan prestasi teater, di samping tahap keyakinan yang tinggi dan kemahiran literasi, lapor akhbar Sharq.

Ratu etika perlu menjawab dua soalan utama, yang ditujukan kepada semua lima finalis. Soalan-soalan adalah: Apakah makna sekiranya anda layak merangkul gelaran pemenang? Apakah yang akan anda sumbang kepada gelaran itu?

Al Saif berkata, kemenangan akan menggalakkan beliau untuk mencapai cita-cita dan matlamat beliau, di samping menjadi sumber inspirasi kepada rakan senegara untuk mempercayai dalam keupayaan mereka untuk membentuk perubahan dalam masyarakat secara keseluruhannya. Beliau juga menyatakan keinginannya untuk mewujudkan projek pemulihan vokasional bagi orang kurang upaya yang akan dapat membantu mereka mencari peluang pekerjaan sesuai.

Acara pelancaran itu dihadiri oleh selebriti wanita, dan beberapa tokoh media, bersama-sama ibu peserta.

-via
Georgia: Tidak menghairankan bagi seorang ibu menjaga anaknya sehingga dia berusia 40 tahun.Bagaimanapun, ia sesuatu yang ganjil jika si ibu itu terus menjaga anaknya yang sudah mati hampir 20 tahun lalu.

Selepas kematian Joni Bakaradze pada usia 22 tahun, keluarga di Georgia mengambil keputusan untuk tidak mengebumikan mayatnya. Mereka sebaliknya mahu menjadikan mayat itu mumia.

TSIURI di sisi keranda yang menempatkan anaknya selama 20 tahun.

Ibunya, Tsiuri Kvaratskhelia mahu cucunya (anak Bakaradze) melihat sendiri lelaki yang pernah menjadi bapanya. Bagi memenuhi matlamat itu, dia bertindak memelihara dan sekali gus memumiakan mayat Bakaradze.Mayat lelaki itu disimpan dalam keranda lengkap dengan tingkap. Kvaratskhelia berkata, keluarga itu mulanya menggunakan cara tradisional, termasuk jus balsam untuk mengawetkan mayat berkenaan.

Baru-baru ini, dia mendakwa bermimpi menemui seseorang menyuruhnya menggunakan vodka memastikan mayat berkenaan tidak rosak. Sejak itu dia mula menggunakan arak untuk tujuan itu. “Anda tidak boleh membiarkan mayat itu tanpa vodka pada sebelah malam kerana ia akan menjadi hitam.” kata wanita itu.

MAYAT Bakaradze yang lengkap berpakaian.

TSIURI di sisi keranda yang menempatkan anaknya selama 20 tahun.Menjadikan mayat mumia adalah amalan terkenal pada zaman Mesir purba. Bagaimanapun, budaya sesetengah masyarakat di Amerika Selatan dan Asia juga dikesan mengamalkannya sepanjang sejarah peradaban manusia.

Pada 1920, mayat Rosalia Lombardo, kanak-kanak Itali yang mati akibat selesema ketika berusia dua tahun, diarah diawet oleh datuknya. Walaupun warnanya kian berubah baru-baru ini, mayat kanak-kanak itu masih elok. - Agensi

-Sumber
PARIT BUNTAR - Hanya menggunakan tangan kosong, anggota Pasukan Keselamatan Sukarelawan Kerian (PKSK), Tan, 62, berupaya menjinakkan seekor biawak agresif yang tersesat masuk ke dalam rumah seorang penduduk di Taman Wawasan, di sini, kelmarin.

Tan berkata, tanpa rasa takut, dia yang menerima panggilan memaklumkan insiden itu pada jam 4.30 petang bergegas ke lokasi.

Tan memegang biawak yang berjaya ditangkapnya.

Menurutnya, pemilik rumah yang dimasuki reptilia itu sebenarnya adalah ibu saudaranya sendiri.

"Biawak sebesar anak buaya itu menyelongkar makanan di dalam rumah dan bertindak agresif ketika didekati.

"Saya tidak membawa apa-apa kelengkapan dan menangkap biawak itu menggunakan tangan sahaja," katanya ketika ditemui di rumah pengadu.

Tan berkata, dia hanya mengambil masa 10 minit untuk menangkap reptilia yang cuba menggigit tangannya itu.

“Biasanya kita menggunakan kelengkapan untuk menangkap reptilia ini, tetapi saya nekad menangkapnya menggunakan tangan.

"Saya memasukkan biawak yang ditangkap ke dalam guni dan melepaskannya kembali di sebuah hutan bakau berhampiran,” katanya.

-Sumber
KULIM - Gara-gara bercinta dengan lelaki berusia 41 tahun dan sudah berumah tangga, seorang remaja berusia 16 tahun yang sudah tidak bersekolah membuat laporan polis kerana mendapati dia hamil.

Menurut mangsa, dia berkedudukan dengan suspek sejak beberapa bulan di rumah kedai di sebuah taman perumahan di sini dan apabila mendapati dirinya hamil, mangsa mengambil keputusan untuk balik ke rumah ibunya di Perak.

Gambar Hiasan

Ibu mangsa yang terkejut dengan kejadian menimpa terhadap anaknya membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.

Dalam keterangan dibuat mangsa, dia membuat laporan polis supaya suspek tidak bersikap lepas tangan dan mahu lelaki itu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini banyak kes rogol berlaku dan jumlah mereka terlibat semakin meningkat.

Menurutnya, dari laporan dibuat, kebanyakan mangsa terlibat terdiri dari remaja perempuan bawah umur dan tidak berpendidikan.

“Selain itu faktor kehidupan harian juga memainkan peranan. Kebanyakan mangsa terlibat datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Dalam kes ini, ibu mangsa sebelum ini menikahi seorang lelaki warga asing bagaimanapun setelah tamat tempoh bekerja di negara ini, suaminya meninggalkan mangsa bersama ibunya.

"Apabila berlaku permasalahan keluarga, anak akan mengambil jalan singkat dan mula bergaul bebas. Dalam usia muda mereka mudah terjebak dalam pelbagai kegiatan sosial,” katanya.

Katanya, polis memandang serius terhadap permasalahan ini dan suspek akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol walaupun kekasihnya itu membenarkannya.

-Sumber