Apa sebenarnya yang lelaki mahukan didalam sesebuah perhubungan? Soalan ini pastinya menghantui sebilangan wanita moden sekarang yang masih belum mampu memahami suami ataupun teman lelaki mereka.

Jika ditanya pada wanita, pasti rata-rata akan menjawab lelaki membingungkan mereka dan mereka tidak faham apa sebenarnya yang lelaki cari dalam perhubungan.

Zaman sudah berubah. Wanita hari ini semakin berdikari, mempunyai kerjaya dan mampu menentukan hala tuju sendiri, namun apabila membicarakan tentang hubungan dengan insan bergelar lelaki ada kalanya mereka buntu.


Apa yang mereka cari dalam perhubungan?

Ia satu persoalan yang kompleks dan tiada jawapan yang mudah, tetapi harus diingat walaupun masa beredar dan dunia di sekeliling kita berubah, kita sebenarnya boleh mengandaikan apa yang mungkin dicari oleh lelaki dalam perhubungan.

Asas permulaan bagi membina hubungan sebuah perhubungan ialah minat, cinta dan tarikan kasih sayang.

Lelaki, jauh di sudut hati mahukan isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia dan boleh berkongsi hal-hal peribadi. Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin dan pada masa sama teguh serta kuat.

Mereka suka wanita yang lemah lembut, penyayang, matang, belas kasihan dan pada masa sama teguh, tegas berdikari serta bijak.

Teman yang tegas dan menjadi penyokong

Lelaki akan mencari wanita yang boleh menjadi dan ibu kepada bakal anak-anaknya. Lelaki juga wanita yang boleh dijadikan teman berbual dan berkongsi jenaka. Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik merupakan ciri yang sangat penting. Lelaki suka wanita yang dapat menyokong mereka dan bukan membebel, yang tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

Rakan yang mengujakan

Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir dalam meneruskan hubungan. Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting bagi mereka.

Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat-menghormati dan persefahaman yang membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Malah lelaki sebenarnya menarik rakan dalam semua hubungan mereka.

Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi

Melihat daripada sudut fizikal dan biologi, kita mungkin boleh katakan bahawa lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.

Lelaki memang mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu hanya di peringkat permulaan dan tidak akan bertahan lama. Ia akan melangkah ke peringkat seterusnya di mana lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.

Lelaki akan cuba mendapatkan gadis yang paling baik dan pada peringkat ini lelaki mula bimbang mengenai apa yang orang lain fikir mengenai hubungannya dan gadis tersebut.

Lebih penting lagi, dia mengharapkan hubungannya berlandaskan kepada percaya antara satu sama lain.

Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun

Usia 20an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri untuk ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkan kepada dunia.

Pada usia 30an lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri dan berkongsi hidup.

Pada usia 40an dia akan menjadi lebih sensitif dan dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) yang sedia ada.

Begitupun, peringkat kematangan lelak tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah lelaki bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat dan sesetengah lelaki berada pada satu peringkat yang sama sepanjang hidup mereka dan ada juga yang mencampur aduk segalanya.

1.Kenduri arwah

Yang Kita Lakukan; Amalan kenduri arwah dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian, 3 malam berturut-turut dan malam ke7.

Sepatutnya; Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

2. Bersalaman

Yang Kita Lakukan; Kalau kita ke kenduri kahwin, kita selalu salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit segan nak pergi makan kenduri.

Sepatutnya; Kalau menziarah orang mati, tidak segan salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.

3. Pemakaian

Yang Kita Lakukan; Ketika menghadiri majlis pemimpin negara atau anugerah kita berpakaian cantik kemas dan segak.

Sepatutnya; Ketika mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan kadang-kadang ada yang tak berbaju.

4. Menjadi tetamu

Yang kita lakukan; Kita rasa segan nak makan sampai habis kerana malu dan nak jaga kelakuan diri.

Sepatutnya; Sedangkan yang dituntut, dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Solat sunat

Yang kita lakukan; Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas.

Sepatutnya; Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Kenduri sempena haji

Yang kita lakukan; Kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.

Sepatutnya; Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.

7. Kerisauan ibu bapa

Yang kita lakukan; Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah kekelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Kita juga sanggup berbelanja besar untuk bayar yuran tuisyen siap ambil dan hantar anak setiap hari.

Sepatutnya; Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Sekadar RM15 sebulan, tapi..

8. Keluar rumah

Yang kita lakukan; Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja.

Sepatutnya; Tapi kalau nak kerumah Allah (masjid atau surau) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang.

9. Berhias

Yang kita lakukan; Seorang isteri kalau nak keluar rumah, samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Pakai cantik-cantik, solek sana sini.

Sepatutnya; Tetapi kalau duduk di rumah, masya Allah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain.

10. Foward / Kongsi (Share)

Yang kita lakukan; Kita cukup teruja untuk menghantar sms atau emel dalam bentuk gosip artis kepada kawan-kawan. Walaupun kebanyakan sms, emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah orang lain.

Sepatutnya; Tapi susah sangat nak forward / kongsi (Share) peringatan kepada kawan-kawan kita.

Pernahkah anda makan dan minum secara berdiri di dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang berkata YA atau TIDAK sambil tersenyum dengan seribu makna.

Adakah minum sambil berdiri telah menjadi budaya kita?
Mengapa Rasulullah S.A.W melarang perbuatan ini?

Kini, perbuatan makan dan minum secara berdiri ini agak biasa dan menjadi BUDAYA di kalangan masyarakat.

Tahukah anda terdapat larangan makan dan minum berdiri di dalam Islam? Terdapat segelintir golongan dalam masyarakat tidak mengambil kisah perbuatan ini, malahan larangan ini dipandang sepi dan dikritik oleh mereka.

Islam adalah sebuah agama yang lengkap (syumul)dalam memberikan panduan dan adab di mana ia meliputi semua tatacara kehidupan manusia.

Misalnya, adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum dan makan.

Biologikal Manusia

Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal.

Secara klinikal, air yang masuk dengan cara posisi duduk akan disaring oleh sfinger.

SFINGER adalah suatu struktur berotot (muscular) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal (kidney).

Sekiranya pada masa tersebut kita minum sambil berdiri maka air yang kita minum itu secara automatik akan masuk tanpa disaring lagi. Ia akan terus menuju ke kandungan air kencing.

Ketika menuju ke kandungan air kencing itu maka terjadilah pemendapan (sedimentation) di saluran sepanjang perjalanan (ureter).

Oleh kerana terdapat sisa-sisa makanan yang melekat pada saluran ini maka bermulalah satu penyakit kristal ginjal (crystal kidney disease) yang sungguh berbahaya.

Senario ini menjustifikasikan hubungan-kait ureter yang sedikit demi sedikit menjadi tersumbat tadi.

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Islam

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perihal tegahan perbuatan minum secara berdiri yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Di antara petikan hadis yang mahsyur;

“Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan? Beliau menjawab; “Itu kebih buruk lagi.” (Riwayat: Muslim dan Turmidzi)

“Bersabda Nabi Muhammad S.A.W dari Abu Hurairah; ”Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan!” (Riwayat : Muslim)

Manakala terdapat sebuah hadis yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W duduk bertongkatkan lutut semasa makan seperti di dalam petikan hadis berikut;

“Diriwayatkan ketika Rasulullah S.A.W di rumah Aisyah R.A. sedang makan daging yang dikeringkan di atas lutut talam sambil duduk bertongkatkan , tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah S.A.W duduk sedemikian itu lalu berkata; “Lihatlah orang itu duduk seperti budak. Maka dijawab oleh Rasulullah S.A.W; “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah S.A.W mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana sabdanya; “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan.” (Riwayat : Bukhari)

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Sains

Berdasarkan kepada hasil kajian yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan bernama Dr. Abdul Razzak Al-Kailani berkaitan tindakbalas terhadap makan dan minum secara berdiri telah merumuskan;

“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan. Manakala minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan".

Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman.

Pandangan ini turut disokong oleh Dr. Ibrahim Ar-Rawi yang membuat kajian terhadap sistem saraf dan sistem otot telah menerangkan;

“Apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. 

Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk. 

Ini kerana apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul".

Kesimpulan

Para Fuqaha’ telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini. Namun begitu, para Fuqaha’ lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas R.A yang berkata:

“Aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri“

Dalam sahih Bukhari, hadis daripada Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal, dia berkata:

“Ali bin Abi Tholib datang ke “bab al-Ruhba” dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata “ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda S.A.W minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri)”

Kesimpulan yang dapat diambil daripada perbincangan di atas memberikan kita penjelasan kepada kita bahawa terdapat dua pandangan berkaitan isu ini.

Pertama, jika terdapat hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri secara konsisten memberikan signifikasi bahawa perbuatan makan dan minum secara berdiri adalah tidak digalakkan.

Kedua, jika terdapat hadis yang membenarkan perbuatan makan dan minum sambil berdiri pula ia memberikan pengertian bahawa bukanlah dosa (cuma perbuatan itu tak digalakkan). Pandapat ini disokong oleh ulamak seperti at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia memberikan banyak faedah kepada manusia.

Akhir kalam, kedua-dua pilihan ini (makan atau minum secara berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/ tanpa makruh (bi duun kiraha).

Namun begitu, PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SAMBIL DUDUK ADALAH LEBIH AFDAL kerana Rasulullah S.A.W melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding perbuatan berdiri.

Sumber rujukan: Qiblati edisi 04 tahun II. Judul: Larangan Minum sambil berdiri, Hal 16

-via
Bila kaum hawa zaman sekarang sudah tidak ada sifat malu dan dengan slamber membuat status sebegini rupa di Facebooknya.

Dimanakah letaknya sifat pemalu kaum hawa pada zaman yang modern dan canggih ini?

Adakah dia terasa bangga apabila dapat membuat status yang memalukan ini?

Dah buat status begini tahu pula akan di bash, dan dia juga telah bagi tahu awal-awal "Dilarang Menganjing".

Gambar :


Apa-apapun syukurlah kerana Malaysia masih aman. Kah kah kah


Dahulu : kena rotan dengan guru, balik rumah ayah tambah lagi dua kali ganda.
Sekarang : kena rotan dengan guru, ibu bapa serang cikgu, buat laporan di PPD

Dahulu : kerja rumah tak siap, ibu bapa bersila tunggu sampai siap.
Sekarang : kerja rumah tak siap, ibu bapa sibuk tengok AF.

Dahulu : pergi sekolah jalan kaki, sekolah jauh dari rumah.
Sekarang : pergi sekolah dihantar naik kereta / bas sekolah

Dahulu : pergi sekolah tak perlu telefon bimbit.
Sekarang : video dalam telefon bimbit pun mengalahkan orang dah kahwin.

Dahulu : belanja sekolah paling tinggi cuma 50 sen. Masih boleh beli sebatang pensel
Sekarang : ada yang belanja sampai RM5.00. Tapi tak boleh beli pensel sebatang pun.

Dahulu : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid datang sekolah terketar-ketar.
Sekarang : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid tak kisah pun sebab cikgu tak berani nak denda, parent boleh backup

Dahulu : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Sekarang : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar nak kena paksa.

Senario di atas membandingkan beberapa perkara yang berlawanan antara dahulu dan sekarang.

Pastinya tragedi pembunuhan ngeri 2 julai 1993 masih segar dalam ingatan. Siapa yang boleh melupakan sejarah hitam pembunuhan ADUN Batu Talam, Datuk Mazlan Idris yang telah terpahat dalam lipatan sejarah antara pembunuhan terkejam di Malaysia.

Pembunuhan ADUN Batu Talam itu dikaitkan dengan satu nama yang cukup femous iaitu Mona Fendi. Tapi hari ini saya bukannya bercerita mengenai pembunuhan tersebut. Bagi saya yang berlalu, biarlah berlalu dan jadikan pengajaran.

Apa sebenarnya yang saya ingin ceritakan di sini ialah kelibat wajah yang mirip Mona Fendi yang saya temui siang tadi. Wanita itu sebenarnya merupakan antara peserta yang menyertai 'asian ladies golf tournament'. Tak percaya? Lihat gambar di bawah..


Bagi yang tak tahu siapa Mona Fendi tu, korang boleh Klik Sini - Misteri! Nota Terakhir Mona Fandey?

-via.
Soalan:

Asalamualaikum tuan,

Saya fauzi dari kg sg baru utan aji, ingin bertanya, saya ada berhutang pada kawan saya semasa belajar dulu, selepas belajar kami terputus hubungan dan tak tahu bagaimana nak bayar hutang mereka.

Bagaimana cara Islam untuk membayar hutang kepada orang yang tak boleh di hubungi atau lost contact.

Gambar Hiasan

Jawapan:

Pertama sekali anda hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghubunginya dan membayar hutang tersebut kepadanya. Jika anda tidak berjaya menghubunginya atau kawan anda tersebut telah meninggal dunia, namun anda dapat menghubungi warisnya seperti isteri atau anak-anaknya, maka hutang tersebut hendaklah diserahkan kepada warisnya yang masih ada.

Jika anda tetap gagal menghubungi kawan tersebut dan gagal juga mengenal pasti ahli warisnya. Maka jalan melangsaikan hutang anda ialah dengan bersedekah sebanyak jumlah hutang tersebut untuk kawan anda. (Syarah Riyadh al-Solihin oleh Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin)

Wallahu a’lam.