Gila - Tangan Anak Dipotong Teman Lelaki
Advertisement
Hanya kerana wang, seorang lelaki sanggup memotong tangan anak kekasihnya yang berusia 10 tahun, dan kemudian merebus tangan yang dipotong itu dalam air yang mendidih bagi mengelakkannya disambung semula.Tragedi itu menyebabkan Xiao Jun kehilangan tangan kanannya.
Ini kerana doktor juga tidak dapat menyambung semula tangan itu selepas mendapati tangan yang dipotong itu telah mengembang selepas direbus.
Kejadian berlaku setelah Xiao Jun dipukul dengan kayu oleh Cheng Sun yang juga teman lelaki ibunya.
Lelaki itu secara tiba-tiba kemudiannya mengambil pisau pemotong daging lalu memotong tangan budak tersebut.
Dia dikatakan berbuat demikian selepas bertengkar dengan ibu mangsa, mengenai wang melalui perbualan dalam telefon.
Wanita itu yang sarat mengandung, tidak berada di rumah ketika kejadian dan dilaporkan mengunjungi saudara-maranya untuk meminjam wang.
Pasangan tersebut dikatakan dalam perancangan untuk membeli pangsapuri dan ketika ini mereka masih menyewa di sebuah apartmen.
Keadaan budak itu kini dilaporkan stabil selepas pembedahan dijalankan ke atasnya.
Sementara Cheng pula, telah ditangkap oleh polis.
Dalam pada itu, Xiao Jun berkata, dia tidak menyangka Cheng bertindak sedemikian rupa kerana sebelum ini lelaki tersebut umpama seorang ayah kepadanya.
“Kini semuanya sudah musnah. Saya tidak tahu kenapa dia berbuat demikian dan dia seolah-olah dirasuk’’ katanya.
-
-sentiasapanas
0 comments:
Post a Comment