Maybank2u Gagal Dalam Siri Ujian Tahap Keselamatan Dengan Grade F
Advertisement
Sebuah rangkaian maya persendirian (VPN), BolehVPN hari ini telah memuat naik sebuah laporan berkenaan dengan tahap keselamatan sistem perbankan online bagi sembilan bank yang beroperasi di Malaysia.Dengan siri ujian oleh Qualys SSL Labs yang menggunakan sistem analisis mendalam, kebanyakan bank di Malaysia berjaya mendapat gred A.
Maybank2u |
Walau bagaimanapun, Maybank2U, antara sistem perbankan online yang terkenal di Malaysia, didapati gagal dalam ujian ini.
Bank tersebut mendapat keputusan F (gagal) disebabkan oleh penggunaan sistem SSL 2.0 yang dikatakan telah lapuk dan tidak selamat untuk digunakan.
Selain itu, ujian tersebut juga mendapati bahawa laman web Maybank2U menggunakan beberapa sifer (siri kod nombor) yang lemah selain tidak lengkap dengan perincian rahsia terkini.
Walaupun Maybank mengambil beberapa langkah keselamatan tambahan bagi perkhidmatan ini, perkara ini didapati amat membimbangkan kerana Maybank2U merupakan perkhidmatan online yang paling banyak digunakan oleh rakyat Malaysia.
Terdapat beberapa Bank lain yang turut gagal di dalam ujian tersebut seperti Affin Bank, Bank Muamalat, Bank Simpanan Nasional (BSN).
Keputusan ujian bagi bank tempatan lain adalah seperti berikut ;
- Maybank2E Grade: F
- CIMBClicks Grade: A
- Public Bank Grade: A
- Hong Leong Grade: A
- UOB Malaysia Grade: A
- RHB Malaysia Grade: Unavailable
- Alliance Bank Grade: A
- HSBC Malaysia Grade: A
- Affin Bank Grade: F
- Standard Chartered Malaysia Grade: A
- Bank Islam Grade: A
- AmOnline Grade: B
- OCBC Grade: A
- Bank Muamalat Grade: F
- Bank Simpanan Nasional Grade: F
- CitiBank Grade: A
- Bank Rakyat Grade: B
Psssttt : Dah la server selalu bermasalah, security pun dapat grade gagal!. Kah kah kah
0 comments:
Post a Comment