Gila - Cabar Tuhan, Nak Tengok Siapa Kuat?

Advertisement
Ini suatu kisah benar ~ Kejadian di Johor. Tempat dan nama-nama terlibat tak perlulah ditulis di sini. Jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran untuk kita semua.

Sepasang kekasih dinasihat oleh keluarga dan kawan-kawan agar jangan kerap buat maksiat. Semua nasihat hanya dibalas dengan kata-kata perli oleh mereka berdua. Nak dijadi cerita semalam, terluncur kata-kata dari mereka berdua:

“Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa.. Tengok siapa lagi kuat !” Sambil ketawa. Kedua-duanya gelak.

Kira-kira jam 11.30 malam (tanggal 16 sept 2013), mereka brdua berkenderaan motosikal memecut laju di lebuh raya tepi kampung kami. Tiba-tiba brdentum bunyi pelanggaran. Kedua-dua pasangn itu terpelusuk ke bawah lori 16 tayar.

Menurut saksi, mereka cuba memotong lori berkenaan tetapi ada kereta bergerak perlahan di depan, lalu terbabas ke lori semula.

Apa yang terjadi kepada mereka? Kedua-duanya digilis hancur oleh lori yang sarat dengan muatannya itu.


Menurut saksi, tidak ada satu bahagian dari badan kedua-dua yang tidak hancur. Yang dapat dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yang dagingnya telah tiada langsung bagaikan dikikis habis.

Bomba yang mengutip mayat-mayat itu hanya dapat mengutip sisa-sisa itu dengan penyodok sahaja. Oleh kerana mayat-mayat mati berasingn, maka dapatlah diasingkn juga antara keduanya.

Di hospital, kedua-dua mayat dimandikan dalam tapis, bagai membasuh daging cincang, tiada jalan lain. Mayat itu kemudian dikafan bagai mengulung ‘kuih popia’ dan dikerandakan. Keluarga masing-masing dipesan supaya jangan dibuka lagi keranda itu.

Maka siang tadi (17 sept 2013), telah ditanam hamba-hamba Allah yang sombong itu. Hamba-hamba yang begitu berani mencabar Allah! Wahai saudara-saudaraku, wahai hamba-hamba Allah, ambillah pengajaran dari kejadian ini. Na’uzubbillah! Inilah balasanNYA. Cash di dunia.


Apa Komen Anda?

1 comments:

Betul dzat ALLAH ada dalam badan manusia, bermaksud nur ilahi tenaga dalam manusia, ALLAH ada dimana mana setiap masa mengawasi semua ciptaannya samada dilangit atau dibumi

20 September 2013 at 18:13 comment-delete

Post a Comment