Ahli Politik Belgium Berbikini Sambil Berpurdah Untuk Menghina Umat Islam

Seorang ahli politik Belgium telah menaikkan kemarahan seluruh umat Islam di dunia selepas melancarkan kempen "Women Against Islamization" dengan poster anaknya, An-Sofie Dewinter memakai burka dengan bikini.

Pada poster tersebut, tercatat perkataan 'Freedom or Islam' pada tubuh An-Sofie.

Ahli politik tersebut, Vlaams Belang menyatakan dia ingin meyakinkan wanita untuk menentang Islam.


Ini kata-kata An-Sofie mengenai gambarnya:

"I've suggested (the poster) myself, I havel learned to live with it but I have had everything up to death threats made at me.
"What is the greatest contrats with a niqab? Nude.
"The campaign fits in perfectly with how I feel about the whole issue. As women, we must choose: freedom or Islam."



-via

0 comments:

Post a Comment

Tips Memahami Kata-kata Tersirat Lagi Berselirat Seorang Wanita

Amacam? Ok tak tajuk entry ni? Jom teruskan membaca Tips Memahami Kata-kata Tersirat Lagi Berselirat Seorang Wanita

Sememangnya wanita amat sukar untuk difahami kerana mereka tidak suka menyampaikan sesuatu secara terus-terang, mereka mahukan seorang lelaki yang lebih memahami. Tidak seperti lelaki yang bersikap terbuka. Jadi, setiap kata-kata mereka pasti ada rahsia yang tersembunyi.

Gambar Hiasan

Apakah makna disebalik kata-kata wanita?

Fine! Adakah lelaki memahami apabila pasangan mereka menyatakan perkataan Fine!? Kebiasaannya, wanita meluahkan perkataan ini kerana mahu menghentikanperdebatan yang sedang berlaku. Sebaiknya, apabila mereka sudah mengeluarkan kata-kata ini, anda perlu untuk memberikan ruang untuk mereka bertenang. Cuba elakkan daripada terus memberi tekanan kerana ia akan meningkatkan lagi pengaruh emosi mereka. Apabila sesuatu perbincangan dipengaruhi emosi pasti sukar untuk mencari jalan penyelesaian.

5 minit. Apabila wanita menyatakan mereka memerlukan masa 5 minit untuk bersiap, anda perlu bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya setengah jam. Lelaki perlu memahami bahawa kecantikan adalah perkara utama untuk wanita, terutamanya apabila keluar bersama orang yang mereka sayang.

Takda apa-apa. Apabila wanita menyatakan seperti ini, ia adalah petanda awal bahawa perang akan berlaku sekali lagi sekiranya masalah belum lagi dapat diselesaikan. Lelaki seharusnya bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan memahami bagaimana cara untuk mengatasinya.

Suka hatilah! (nada sinis). Apabila wanita menyatakan sukahatila, ia sebenarnya memberi maksud larangan terhadap lelaki untuk melakukan sesuatu perkara itu. Jangan lakukan perkara tersebut untuk menunjukkan bahawa anda berjaya memahami mereka.

Whatever!! Dengan kata yang lebih mudah difahami adalah ia bermakna bahawa wanita tersebut menyatakan “SAYA BENCI AWAK!!”

Takpe, saya ok.. Apabila wanita meluahkan kata-kata ini, ia bermakna mereka sedang memikirkan mengenai hubungan anda. Adakah hubungan tersebut mampu membawa kebahagian, mempunyai masa depan yang cerah, dan sebagainya. Anda seharusnya belajar untuk memahami mereka dan berusaha memberikan mereka keyakinan terhadap hubungan anda semula.

Jangan risau, saya dah agak dah.. Kenyataan ini biasanya menunjukkan bahawa kesalahan yang serupa dilakukan oleh seseorang lelaki untuk beberapa kali. Ia juga merupakan satu tanda bahawa mereka telah berasa bosan dengan sikap buruk anda.

0 comments:

Post a Comment

Wanita Lebih Yakin Dengan Tubuh Badan Sendiri Pada Usia 30an

Bukan sedikit wanita beranggapan bahawa semakin bertambahnya umur, maka semakin bertambah pula berat badan. Tapi mengikut kajian yang dijalankan oleh Sanctuary Spa Active Reverse Body, di usia 34 tahun, wanita berasa lebih bahagia dengan tubuh mereka.

Di usia tersebut, mereka boleh menerima gumpalan daging dan benjolan yang ada di tubuh. Kira-kira lapan juta wanita di Britain akhirnya boleh melihat diri mereka sendiri tanpa pakaian di depan cermin setiap hari.

Kira-kira 25% wanita akan melihat penampilan tubuh mereka di cermin sekali seminggu. Dan hanya 16% wanita tidak pernah melihat diri mereka di depan cermin tanpa sebarang pakaian.

"Biasanya di awal dan pertengahan usia 30 tahun, mereka mempunyai kepercayaan diri yang besar terhadap tubuh mereka," kata Nichola Joss, seorang ahli kecantikan, yang dipetik dari Daily Mail.

Wanita di usia itu bekerja keras untuk mengekalkan bentuk tubuhnya.

Gambar Hiasan

Biasanya apa yang mereka lakukan ialah menjaga pola makan dan merawat tubuh dengan kerap.

"Ramai wanita di usia 34 tahun yang saya tahu telah mengalami hubungan cinta atau persahabatan peribadi yang erat dan ini yang memberikan mereka kepercayaan diri, luar dan dalam," tambah Joss.

Ketika ditanya bahagian badan kegemaran mereka, 30% daripada mereka yang ditinjau mendedahkan dengan bangga, payudara!

Mereka menyatakan itulah bahagian tubuh yang paling mereka suka pamerkan.

Sementara 22% responden yang lain menjawab kaki dan 19% memilih bahu. Sedangkan 57% yang lain memilih perut adalah bahagian tubuh yang paling ingin mereka ubah.

Ketika musim panas, wanita di Britain dalam dilema ketika berpakaian di pantai.

65% wanita mengaku bahawa mereka tidak akan memakai bikini kerana takut memalukan diri mereka.

0 comments:

Post a Comment

Wanita Menganggap Pelukan Dari Pasangan Adalah Lambang Kesetiaan

Lelaki sebenarnya tidak faham mengapa wanita sangat suka dipeluk. Bagi lelaki, pelukan hanyalah perbuatan fizikal, manakala bagi wanita, pelukan menyimpan erti lebih dalam.

Pelukan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa dan boleh dilakukan secara spontan. Bagi anda yang asing dan tak biasa dipeluk mahupun memeluk, mungkin anda perlukan sedikit tips.

Gambar Hiasan

Mengapa wanita suka dipeluk?

Aktiviti memeluk melepaskan hormon oksitosin. Oksitosin bertanggungjawab memancing apa yang disebut para ilmuwan sebagai ‘sepasang ikatan’. Maksudnya, pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Dalam urusan cinta, pelukan mampu mencipta ikatan di antara lelaki dan wanita. Lebih dari itu, bagi wanita, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan. Pelukan memberi makna yang dalam jika dilakukan dengan tulus. Jadi, alasan wanita menyukai pelukan adalah kerana pelukan ini memberikan maksud yang mendalam.

Mengapa anda harus memeluk?

Jika ia boleh membuatkan diri rileks secara fizikal dan emosi, anda mungkin benar-benar boleh menikmati beberapa kebaikan dengan sebab pelukan. Satu penelitian yang dilakukan di Chicago menyatakan, pasangan yang secara teratur dan spontan saling memberi kasih sayang [...]

Kami terpaksa memindahkan artikel ini. Klik Sini untuk menyambung bacaan

0 comments:

Post a Comment

Saidina Uthman Mempunyai Akaun Bank di Arab Saudi Sehingga Sekarang

RUPANYA SAHABAT NABI KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU ANHU ADA AKAUN DI BANK SEHINGGA SEKARANG!

Wakaf ini berupa bangunan hotel yang disewakan..

Khalifah Uthman bin Affan, salah seorang sahabat nabi yg peniaga dan kaya raya, tapi murah hati dan dermawan..sekarang masih memiliki akaun di salah satu bank di Arab Saudi??? Malah akaun dan bil elektriknya juga masih atas nama beliau…

Bagaimana cerita sehingga beliau memiliki hotel atas namanya di Masjid Nabawi..??


Di riwayatkan semasa zaman Nabi Muhammad SAW, kota Madinah pernah mengalami zaman kemarau sehingga kesukaran mendapatkan air bersih. Oleh kerana mereka (kaum muhajirin) sudah biasa minum air zamzam di Mekah. Satu-satunya sumber air yang tinggal ialah sebuah perigi milik seorang Yahudi,yang bernama perigi RAUMAH. Rasanya pun serupa dengan perigi zamzam. Kaum muslimin dan penduduk Madinah dengan terpaksa membeli air bersih dari Yahudi tersebut.

Prihatin atas keadaan umatnya, Rasulullah SAW kemudian bersabda : “Wahai Sahabatku, siapa sahaja diantara kalian yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan perigi itu, lalu menyumbangkannya untuk umat, maka akan mendapat SyurgaNya Allah Ta’ala” (HR. Muslim).

Khalifah Uthman Bin Affan R.A yang kemudian segera bergerak untuk membebaskan perigi Raumah itu. Khalifah Uthman RA segera berjumpa dengan orang Yahudi pemilik perigi dan menawar untuk membeli perigi Raumah dengan harga yang tinggi.

Namun begitu, Walaupun sudah ditawarkan dengan harga yang tertinggi sekalipun orang Yahudi pemilik perigi tetap menolak dan tidak mahu menjualnya, “Seandainya perigi ini saya jual kepadamu wahai Uthman, maka aku tidak memiliki pendapatan yang boleh aku perolehi setiap hari” demikian Yahudi tersebut menjelaskan alasan penolakannya.

Uthman Bin Affan R.A yang ingin sekali mendapatkan balasan pahala berupa Syurga Allah Ta’ala, tidak kehilangan cara mengatasi penolakan Yahudi ini.

“Bagaimana kalau aku beli setengahnya saja dari perigimu” Khalifah Uthman RA, melancarkan jurus perundingannya.

“Maksudmu?” tanya orang Yahudi kehairanan.

“Begini, jika engkau setuju maka kita akan memiliki perigi ini bergilir-gilir. Satu hari perigi ini milikku, esoknya kembali menjadi milikmu kemudian lusa menjadi milikku lagi demikian selanjutnya berganti satu-satu hari. Bagaimana?” jelas Khalifah Uthman RA.

Yahudi itupun berfikir dengan pantas”… saya mendapatkan wang besar dari Uthman tanpa kehilangan perigi milikku”. Akhirnya si Yahudi setuju menerima tawaran Khalifah Uthman RA tadi dan disepakati pula pada hari tersebut perigi Raumah adalah milik Uthman Bin Affan R.A.

Uthman RA pun segera mengumumkan kepada penduduk Madinah yang mahu mengambil air di perigi Raumah, silahkan mengambil air untuk keperluan mereka PERCUMA kerana hari ini perigi Raumah adalah miliknya. Beliau juga mengingatkan agar penduduk Madinah mengambil air dalam jumlah yang cukup untuk 2 hari, kerana esok hari perigi itu bukan lagi milik Khalifah Uthman RA.

Keesokan hari Yahudi mendapati perigi miliknya sepi, kerana penduduk Madinah masih memiliki persedian air di rumah. Yahudi itupun mendatangi Khalifah Uthman RA dan berkata “Wahai Khalifah Uthman RA belilah setengah lagi perigiku ini dengan harga sama seperti engkau membeli setengahnya kemarin”. Khalifah Uthman RA setuju, lalu dibelinya seharga 20,000 dirham, maka perigi Raumahpun menjadi milik Khalifah Uthman RA secara penuh.

Kemudian Uthman Bin Affan R.A mewakafkan perigi Raumah, sejak itu perigi Raumah dapat dimanfaatkan oleh siapa saja, termasuk Yahudi pemilik lamanya.

Setelah perigi itu diwakafkan untuk kaum muslimin… dan setelah beberapa waktu kemudian, tumbuhlah di sekitar perigi itu beberapa pokok kurma dan terus bertambah. Lalu Daulah Khalifah Uthman RAiyah memeliharanya hingga semakin berkembang, lalu diikuti juga dipelihara oleh Pemerintah Arab Saudi, hingga berjumlah 1550 batang pokok.

Selanjutnya pemerintah, dalam hal ini Departmen Pertanian Arab Saudi menjual hasil kebun kurma ini ke pasar-pasar.. setengah dari keuntungan itu disalurkan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin.. Manakala separuhnya pula disimpan dan disimpan dalam bentuk akaun khas milik beliau di salah satu bank atas nama Khalifah Uthman RA bin Affan, di bawah pengawasan Departman Pertanian..

Begitulah seterusnya, sehingga wang yang ada di bank itu cukup untuk membeli sebidang tanah dan membangun hotel yg cukup besar di salah satu tempat yang strategik dekat Masjid Nabawi.

Bangunan hotel itu sudah pada tahap penyelesaian dan akan disewakan sebagai hotel bintang 5. Dianggarkan keuntungannya sekitar RM20 juta setahun. Setengahnya untuk anak-anak yatim dan fakir miskin, dan setengahnya lagi tetap disimpan dan ditabung di bank atas nama Khalifah Uthman RA bin Affan Radhiyallahu anhu..

Subhanallah,… Jelaslah berniagadengan Allah selalu menguntungkan dan tidak akan rugi…

Ini adalah salah satu bentuk sedekah jariah, yang pahalanya terus mengalir, walaupun orangnya sudah lama meninggal..

Disebutkan di dalam hadis sahih dari Abi Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya, kecuali dari tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya”. [HR. Muslim, Abu Dawud dan Nasa’i]

Dan disebutkan pada hadis yang lain riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dari Abi Hurairah RA, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda.

إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لاِبْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

“Sesungguhnya di antara amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan menemuinya setelah kematiannya adalah: ilmu yang diajarkan dan disebarkannya, anak solesoleh yang ditinggalkannya, mush-haf yang diwariskannya, masjid yang dibangunnya, rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya, sungai (air) yang dialirkannya untuk umum, atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya diwaktu sihat dan semasa hidupnya, semua ini akan menemuinya setelah dia meninggal dunia”.

Wallahualam

-Sumber

0 comments:

Post a Comment

Khomenei Di Malukan Semasa Kematiannya

Khomeini Az-Zindiq adalah pujaan jemaah Syiah yang terkenal dengan Revolusi Iran dimalukan semasa pengebumiannya. Mayatnya terjatuh ke tanah,dipijak oleh pengikutnya, kain kafannya dikoyakkan sehingga terdedah aurat.

Semasa pengebumian, kerap kita dengar kisah-kisah yang boleh memberi pengajaran kepada manusia yang hidup seperti jenazah berbau wangi, urusan pengebumian yang mudah,jenazah berasa ringan dan sebagainya.

Allah Maha Mengetahui tetapi kemungkinan kerana kata-katanya yang menyesatkan, Ini bukan untk memalukan si mati tetapi untuk menyedarkan pengikur atau pro Syiah Melayu agar pulang ke Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Antaranya kata-kata dan perbuatan biadap:

Perlakuan biadab Khomeini Az-Zindiq di atas adalah sebagaimana ia membenarkan dan menyatakan dalam kitabnya Tahrirul Wasilah Juz 2 halaman 221 dalam masalah nombor 12 seperti berikut :

وأما سائر الاستمتاعات كاللمس بشهوة والضم والتفخيذ فلا بأس بها حتى في الرضيعة

“Dan adapun bersenang-senang seperti menyentuh dengan syahwat, bergomol dan menghimpitkan kemaluan di paha maka (hukumnya) tidak apa-apa, walaupun pada anak kecil yang masih menyusui”

Dia bahawa Rasulullah SAW adalah seorang Hamba yang lemah dengan mengatakan bahawa Beliau -Rasulullah SAW termasuk para Nabi ‘Alaihimush Sholatu Wa Sallam tidak berjaya menegakkan keadilan pada masa dakwahnya!

فكل نبي من الأنبياء إنما جاء لإقامة العدل وكان هدفه هو تطبيقه في العالم لكنه لم ينجح، وحتى خاتم الأنبياء صلى الله عليه وآله وسلم الذي كان قد جاء لإصلاح البشر وتهذيبهم وتطبيق العدالة فإنه هو أيضاً لم يوفَّق، وإن من سينجح بكل معنى الكلمة ويطبق العدالة في جميع أرجاء العالم هو المهدي المنتظر

“Maka setiap Nabi dari nabi-nabi yang ada, sesungguhnya datang untuk menegakkan keadilan, dan tujuannya adalah menerapkannya di seluruh dunia. AKAN TETAPI MEREKA TIDAK BERHASIL, BAHKAN SAMPAI PENUTUP PARA NABI (yakni Rasulullah SAW) yang datang untuk memperbaiki keadaan manusia dan membimbing mereka serta menerapkan keadilan juga TIDAK DIBERIKAN TAUFIQ. Dan sesungguhnya orang yang akan berhasil dengan segala makna kalimat dan menerapkan keadilan diseluruh penjuru dunia adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar” [Mukhtarat Min Ahadits Wa Khithabat Al-Imam Al-Khomeini 2/42]

Astaghfirullah Al’Azim.. Demi Allah ini adalah penghinaan terhadap Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam. Ini adalah penghinaan terhadap Nabi kalian wahai Kaum Muslimin! Ini adalah penghinaan terhadap para Nabi dan Islam!
Di antara Hinaan Khomeini Terhadap Ummul Mu’minin ‘Aisyah & Para Shahabat

“Adapun golongan-golongan dari Nashibi dan Khawarij, maka tidak terdapat dalil yg mengatakan tentang kenajisan mereka, MESKIPUN MEREKA ITU SIKSANYA LEBIH BERAT DARIPADA ORANG-ORANG KAFIR, maka apabila seorang Sultan keluar (untuk memerangi) kepada Amir Al-Mukminin a.s, tidak atasnama agama, tetapi untuk menghalangi di dalam suatu pemerintahan/ kekuasaan, atau tujuan yg lain seperti ‘Aisyah, Thalhah, Zubair dan Mu’awiyah dan Orang-Orang yang serupa dengan mereka atau seseorang yg menampakkkan sikap perlawanan kepadanya ( Amirul Mukminin) atau salah seorang dari Para Imam AS yang tidak atas nama agama, bahkan untuk memusuhi Qurays atau Bani Hasyim atau orang Arab, atau dikeranakan orang tersebut bertujuan untuk memerangi anaknya atau ayahnya atau selain demikian, Maka secara zhahir, tidak wajib suatu kenajisan yang bersifat zahir, MESKIPUN MEREKA ITU LEBIH BURUK DARIPADA ANJING-ANJING DAN BABI-BABI, kerana tidak adanya dalil baik dari ijma’ atau khabar-khabar mengenainya.”

Itulah diantara takfir dan hinaan khomeini terhadap Ummul Mukminin Aisyah dan Para Shahabat RA . Ini juga merupakan takfir dan hinaan khomeini terhadap Kaum Muslimin secara umum dan tidak mustahil Allah telah memberi pembalasan secara cash semasa kematiannya.

VIDEO ALLAH MENGHINAKAN KHOMENEI SEMASA KEMATIANNYA :



Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

Perkataan 'Maaf' Mampu Memanjangkan Usia Seorang Wanita?

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan dua perkataan ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“.

Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada wanita dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat sukar dilafazkan kebanyakan orang terutama lelaki. Akan tetapi, menurut kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang wanita boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.


Wanita yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah lelaki 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar perkataan maaf kerana mendapat perlakuan tidak tenang.

Perkara ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara degupan jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’.

Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan anda. Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Apa pun, Ajal, Maut Allah yang tentukan. Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment

Perempuan Pun Sama 'Gatal' Macam Lelaki?

Kesimpulannya yang jelas dan nyata, wanita sukar mengakui bahawa dirinya gatal. Meskipun sudah jelas, dia seorang yang gatal tetapi dia tetap marah apabila dikata begitu. Berbeza lelaki, kebanyakan lelaki hidung belang bangga apabila disamakan seperti buaya darat.

Meninjau alasan mereka setiap kali menolak, status gatal atau perasan itu terlalu keras untuk dilabelkan. Malah ia kedengaran seperti tiada maruah untuk seorang wanita sedangkan ia memang realiti.

Sebuah majalah wanita sendiri pernah melaporkan yang hari ini lebih 50 peratus hubungan ia bermula daripada wanita yang memberi reaksi positif, minta untuk didekati dan mengharap ada lanjutan daripada si lelaki.

Perangai lelaki lebih kurang sama, mereka tidak sekali menunjukkan rasa minat ketara atau nampak terhegeh-hegeh walaupun mereka sememangnya minat dan suka berbanding wanita yang lebih mudah mengukir senyum jika tersentuh jiwanya.

Gambar Hiasan

Hakikatnya antara lelaki dengan wanita, memang tiada bezanya dalam soal ‘gatal’ ini. Kalau kita katakan lelaki miang itu sangat ramai, wanita gatal pun tidak kurang. Mereka ada di mana-mana contohnya di pejabat, di taman-taman perumahan, di institut pengajian, malah di mana saja.

Bezanya, lelaki tidak segan silu memperlihatkan sikap miang itu sedangkan wanita sedaya mungkin cuba menyembunyikannya bagi terlepas daripada gelaran ‘wanita berangan’ atau ‘syok sendiri’.

Kalau kita lihat dari perspektif lebih luas, lelaki yang gemar bergaul, banyak kenalan dan jenis periang adalah mereka yang lebih cenderung bersikap gatal atau mengurat. Tapi perlu diingat, tidak semua lelaki begitu berniat lebih sebaliknya mereka gemar mengusik saja bukannya ingin untuk ke fasa seterusnya.

Kebanyakan lelaki memang bersikap ‘test market’ walaupun sudah mempunyai teman wanita. Tapi sayangnya, wanita pula yang terlebih ‘feeling’ dan mudah sangat jatuh hati sedangkan ia hanya ‘crush’.

Siapa golongan wanita yang acap kali dilabel gatal?

Kebiasaannya gadis di sekolah menengah adalah golongan paling cepat memberikan reaksi jika diusik lelaki. Kiranya cinta monyet zaman persekolahan adalah fasa permulaan bagi kebanyakan gadis hari ini.

Tapi lebih kronik dan ada kalanya tidak boleh terlepas daripada gelaran sebegitu adalah setiausaha. Itulah stigma yang melekat pada masyarakat kita yang mana kerjaya ini sering kali dikaitkan dengan identiti wanita yang gatal.

Kasihan juga pada mereka yang kebetulan berkerjaya ini kerana tanggapan itu sudah sinonim dan sukar ditepis walaupun tidak semua bersikap begitu.

Andaian ini disebabkan kerjaya setiausaha selalunya memerlukan beberapa kriteria seperti cantik, bergaya dan bijak berkomunikasi terutamanya dengan majikan yang kebanyakannya lelaki yang sudah berkahwin.

Kerana itu juga mereka mudah dikaitkan menjalin hubungan atau menyimpan strategi untuk memancing selera majikan masing-masing ketika bekerja memandangkan lebih 80 peratus rutin tugasan mereka perlu bersama majikan itu.

Pada kebiasaannya, seorang setiausaha akan mengendalikan semua fungsi kesetiausahaan termasuk kerja-kerja memfailkan dokumen, menyemak surat-menyurat, mengendali panggilan telefon, mengatur mesyuarat serta menyambut tetamu ketuanya.

Oleh kerana sentiasa berurusan dengan pihak luar khususnya para pelanggan syarikat atau organisasi, seorang setiausaha perlu memiliki perwatakan menarik dan inilah salah satu elemen yang menyebabkan kebanyakan bos mudah terpikat kepada setiausahanya sendiri.

Jangan tipu, isteri kepada majikan pastinya akan terbit rasa cemburu atau paling tidak mencurigai keadaan itu kerana ada kalanya setiausaha perlu kerja lebih masa dan meluangkan masa dengan majikan mereka.

Isu mengenai cinta gelap antara setiausaha dengan bos lelaki ini masih menjadi persoalan dan pertikaian jika topik mengenai pejabat diutarakan.

Bagaimanapun setiausaha tidak semestinya seorang wanita. Lelaki juga boleh melaksanakan tugas ini malah ada kalanya lebih baik. Lihatlah setiausaha persatuan, setiausaha surau dan masjid, malah setiausaha negara adalah seorang lelaki.

Kalau dilihat mengapa stigma ini berlaku, ia berpunca daripada sikap sesetengah setiausaha itu sendiri. Tidak dinafikan, memang banyak kes membabitkan setiausaha wanita dengan majikan lelaki yang berlaku.

Bos lelaki itu sanggup curang dengan isteri dan anaknya malah lebih teruk ada yang ‘kantoi’ depan mata menjalin hubungan dengan setiausaha mereka sendiri. Maklumlah setiausaha cantik dan bergaya, lebih faham masalah dan tekanan majikan mereka di pejabat membuatkan majikan lelaki lebih selesa dengan layanan mereka berbanding isteri yang mungkin tidak memahami.

Penyelesaiannya? Tiada yang konkrit untuk melenyapkan masalah ini kerana semuanya bergantung kepada diri sendiri. Lebih baik jika majikan lelaki dibantu oleh setiausaha lelaki atau wanita yang sudah pun berkahwin dan mempunyai komitmen keluarga.

Kalau majikan wanita, ia lebih mudah kerana jarang sekali kita dengar kisah setiausaha lelaki menjalin hubungan dengan majikan wanita memandangkan wanita yang memegang status majikan akan lebih serius dan komited terhadap tugasnya.

‘Lady boss’ adalah gelaran untuk majikan wanita yang hampir kesemuanya tegas dan tidak akan melakukan benda remeh di pejabat, sebaliknya mereka bersikap fokus pada tanggungjawab.

Justeru kepada setiausaha wanita terutamanya yang muda, jagalah peribadi dan tingkah laku kerana setiap pergerakan anda diperhatikan. Apa saja dilakukan pastinya menjadi tanggapan dan mudah dinilai.

Itu kisah kerjaya yang acap kali dikaitkan dengan isu ini, tapi ada banyak lagi jenis wanita yang gatal dan cepat miang, cuma semuanya lebih mudah untuk dinilai sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Hukum Bersama Pasangan Selepas Habis Haid Tanpa Mandi Wajib

Untuk Bacaan Suami Isteri Sahaja!

Salam.

Soalan :

Ustaz apa hukumnya bersama pasangan sebelum mandi wajib. Adakah berdosa ustaz?

Gambar Hiasan

Jawapan :

Berdasarkan soalan yang diutarakan kepada saya, ada dua maksud kepada soalan anda iaitu wanita yang kering daripada haid belum mandi dan bersama pasangan buat kali kedua sebelum mandi wajib. Jadi saya akan terangkan dua-dua perkara ini bagi memenuhi maksud anda yang tidak sampai pada soalan yang diutarakan.

Kami telah pindahkan artikel ini, Maaf diatas kesilapan yang telah berlaku Klik Sini untuk terus membaca

0 comments:

Post a Comment

Cara Lain Untuk Unlock iPhone 5S Selain Menggunakan Jari

Salah satu kelebihan iPhone terkini iaitu iPhone 5s ialah dengan adanya Touch ID yang direka khas untuk ‘unlock’ atau membuka kunci melalui cap jari.

Namun, ada pula pengguna yang begitu gigih menjalankan ‘penyelidikan khas’ iaitu mengujinya dengan anggota tubuh lain seperti ibu jari kaki.

Memetik artikel di laman Rocket News 24, walaupun cap jari harus didaftarkan terlebih dahulu, masih terdapat kelemahan yang menyebabkan iPhone 5s tidak dapat melindungi privasi pengguna.


Antaranya, orang lain boleh menekan skrin telefon tersebut pada jari anda sewaktu sedang tidur.

Jadi, cadangan paling bernas ialah menggunakan kedua-dua bahagian alternatif yang disebutkan tadi.

Hasil uji kaji pengguna gigih ini juga mendapati bahagian hidung tidak dapat membuka kunci pada telefon ini.

Tonton Video yang disediakan oleh Rocket News 24 Klik Sini

0 comments:

Post a Comment

Warga Asing Semakin Berani Di Malaysia!

Info penting sebagai peringatan untuk kita.Jadikan kisah ini sebagai pengajaran.

Subang Jaya: Seorang pekerja kedai runcit di sebuah kondominium di USJ 8, di sini, mengambil peluang mencabul seorang remaja sebaik menyedari ibu remaja itu tiada di rumah ketika menghantar tong gas ke rumahnya, Isnin lalu.

Lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia 20-an terbabit difahamkan sudah bekerja di kedai runcit kondominium itu sejak beberapa bulan lalu.

Ibu gadis berusia 13 tahun terbabit yang mahu dikenali Wong, 40, berkata dia mengetahui perbuatan jijik lelaki itu apabila anaknya menghubungi sebelum dia meminta bantuan jiran ke rumahnya di tingkat tiga.

“Ketika kejadian, saya sedang bekerja dan anak perempuan saya menghubungi memberitahu kehadiran lelaki itu. Saya memberitahunya memang ada menempah gas dua hari lalu (sebelum kejadian),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, anak perempuannya kemudian membuka pintu dan membenarkan lelaki terbabit masuk ke bahagian dapur untuk meletakkan tong gas berkenaan.

Gambar Hiasan

“Namun, mengejutkan apabila lelaki itu secara tiba-tiba bertindak membuka seluar dan mengeluarkan kemaluannya. Lelaki berkenaan turut memegang dan meraba keseluruhan badan anak saya.

“Anak saya yang terkejut dengan tindakan itu berjaya melepaskan diri dan berlari ke bahagian dapur lalu menghubungi saya,” katanya.

Wong berkata, dia segera menghubungi jiran meminta bantuan sebaik panik mengetahui insiden menimpa anak gadisnya itu.

Katanya, lelaki berkenaan kemudian bertindak melarikan diri sejurus menyedari kehadiran jirannya.

Berikutan itu, Wong membawa anak gadisnya itu membuat laporan di Balai Polis USJ 8.

Difahamkan, lelaki itu kini sudah menghilangkan diri selepas kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chua mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

0 comments:

Post a Comment

Bapa Nikah Mut'ah Dengan Anak Gadis Sendiri

Nikah mut’ah adalah pernikahan tanpa batas dengan menerabas aturan-aturan syariat yang suci, mut’ah ini telah melahirkan banyak kisah pilu. Tidak jarang pernikahan ini menghimpun antara anak dan ibunya, antara seorang wanita dengan saudaranya, dan antara seorang wanita dengan bibinya, sementara dia tidak menyadarinya.

Di antaranya adalah apa yang dikisahkan Sayyid Husain Al Musawi, seorang tokoh Syi’ah murid Ayatullah Ruhullah Al Khumaini yang kemudian bertaubat dan masuk ke Sunni.Ia menceritakan dalam kitab Lillahi Tsumma Lil Tarikh:

Gambar Hiasan

Kisah Pertama

Seorang perempuan datang kepada saya menanyakan tentang peristiwa yang terjadi terhadap dirinya. Dia menceritakan bahwa seorang tokoh, yaitu Sayyid Husain Shadr  pernah nikah mut’ah dengannya dua puluh tahun yang lalu, lalu dia hamil dari pernikahan tersebut.

“Setelah puas, dia menceraikan saya. Setelah berlalu beberapa waktu saya dikarunia seorang anak perempuan. Dia bersumpah bahwa dia hamil dari hasil hubungannya dengan Sayyid Shadr, karena pada saat itu tidak ada yang nikah mut’ah dengannya kecuali Sayyid Shadr.”

“Setelah anak perempuan saya dewasa, dia menjadi seorang gadis yang cantik dan siap untuk nikah.”

Namun sang ibu mendapati bahwa anaknya itu telah hamil. Ketika ditanyakan tentang kehamilannya, dia mengabarkan bahwa Sayyid Shadr telah melakukan mut’ah dengannya dan dia hamil akibat mut’ah tersebut. Sang ibu tercengang dan hilang kendali dirinya lalu mengabarkan kepada anaknya bahwa Sayyid Shadr adalah ayahnya. Lalu dia menceritakan selengkapnya mengenai pernikahannya (ibu si wanita) dengan Sayyid Shadr dan bagaimana bisa hari ini Sayyid Shadr menikah dengan anaknya dan anak Sayyid Shadr juga?!

Kemudian dia datang kepadaku menjelaskan tentang sikap tokoh tersebut terhadap dirinya dan anak yang lahir darinya.

Sesungguhnya kejadian seperti ini sering terjadi. Salah seorang dari mereka melakukan mut’ah dengan seorang gadis, yang di kemudian hari diketahui bahwa dia itu adalah saudarinya dari hasil nikah mut’ah. Sebagaimana mereka juga ada yang melakukan nikah mut’ah dengan istri bapaknya.

Di Iran, kejadian seperti ini tak terhitung jumlahnya. Kami membandingkan kejadian ini dengan firman Allah Ta’ala, “Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesucian (diri)nya sehingga Allah mampukan mereka dengan karunia-Nya.” (QS. An-Nur:33)

Kalaulah mut’ah dihalalkan, niscaya Allah tidak akan memerintahkan untuk menjaga kesucian dan menunggu sampai tiba waktu dimudahkan baginya untuk urusan pernikahan, tetapi Dia akan menganjurkan untuk melakukan mut’ah demi memenuhi kebutuhan biologisnya daripada terus-menerus diliputi dan dibakar oleh api syahwat.

Kisah Kedua

Suatu waktu saya duduk bersama Imam Al Khaui di kantornya. Tiba-tiba masuk dua orang laki-laki menemui kami, mereka memperdebatkan suatu masalah. Keduanya bersepakat untuk menanyakannya kepada Imam Al Khaui untuk mendapatkan jawaban darinya.

Salah seorang di antara mereka bertanya, “Wahai Sayyid, apa pendapatmu tentang mut’ah, apakah ia halal atau haram?”Imam Al Khaui melihat lagaknya, ia menangkap sesuatu dari pertanyaannya, kemudian dia berkata kepadanya, “Dimana kamu tinggal?”

Maka dia menjawab, “Saya tinggal di Mosul, kemudian tinggal di Najaf semenjak sebulan yang lalu.”
Imam berkata kepadanya, “Kalau demikian berarti Anda adalah seorang Sunni?”
Pemuda itu menjawab, “Ya!”
Imam berkata, “Mut’ah menurut kami adalah halal, tetapi haram menurut kalian.”

Maka pemuda itu berkata kepadanya, “Saya di sini semenjak dua bulan yang lalu merasa kesepian, maka nikahkanlah saya dengan anak perempuanmu dengan cara mut’ah sebelum saya kembali kepada keluargaku.”

Maka sang imam membelalakkan matanya sejenak, kemudian berkata kepadanya, “Saya adalah pembesar, dan hal itu haram atas para pembesar, namun halal bagi kalangan awam dari orang-orang Syiah.”

Si pemuda menatap Al Khaui sambil tersenyum. Pandangannya mengisyaratkan akan pengetahuannya bahwa Al Khaui sedang mengamalkan taqiyah (berbohong untuk membela diri).

Kedua pemuda itu pun berdiri dan pergi. Saya meminta izin kepada Imam Al Khaui untuk keluar. Saya menyusul kedua pemuda tadi. Saya mengetahu bahwa penanya adalah seorang Sunni dan sahabatnya adalah seorang Syi’i (pengikut Syiah). Keduanya berselisih pendapat tentang nikah mut’ah, apakah ia halal atau haram? Keduanya bersepakat untuk menanyakan kepada rujukan agama, yaitu Imam Al Khaui.

Ketika saya berbicara dengan kedua pemuda tadi, pemuda yang berpaham Syiah berontak sambil mengatakan,

“Wahai orang-orang durhaka, kamu sekalian membolehkan nikah mut’ah kepada anak-anak perempuan kami, dan mengabarkan bahwa hal itu halal, dan dengan itu kalian mendekatkan diri kepada Allah, namun kalian mengharamkan kami untuk nikah mut’ah dengan anak-anak perempuan kalian?”

Maka dia mulai memaki dan mencaci serta bersumpah untuk pindah kepada madzhab Ahlus Sunnah, maka saya pun mulai menenangkannya, kemudian saya bersumpah bahwa nikah mut’ah itu haram, kemudian saya menjelaskan tentang dalil-dalilnya.

-via

0 comments:

Post a Comment

Info - Apa Itu Megapixel?

Megapixel ialah satu juta pixel. Pixel ialah elemen pada gambar.

Gambar-gambar digital ialah gabungan dari berjuta-juta titik-titik berwarna, inilah yang kita panggil sebagai pixel. Jadi satu Megapixel ialah satu juta pixel dalam satu gambar.


Lihat gambar di bawah untuk lebih pencerahan.


Gambar di atas menunjukkan satu pecahan dari berjuta-juta pixel yang telah diperbesarkan kepada paparan individual masing-masing. Gabungan dari berjuta-juta pixel inilah yang menghasilkan sebuah paparan gambar digital. Harapnya anda jelas akan perkara ini.

Benarkah lebih besar Megapixel, maka ia adalah lebih baik?

Jawapan saya ya dan tidak semestinya. Ini bergantung kepada apa keperluan kita sendiri. Berikut adalah petikan dari Choose Your Camera:
Having more does not make for a better image, it only allows for that image to be blown up to a larger size. But 10MP is sufficient for almost any size print you are likely to make these days.
Camera with different megapixels can achieve different max print size at certain ppi
In fact, too many megapixels may actually be a hindrance. If you don’t have a high end computer with a fast processor and plenty of memory, you may not even be able to process your photos smoothly. Plus, too many MPs may actually negatively affect high ISO performance on a lesser camera. So while MPs are important, it is not the specification that should make or break your decision on a basic DSLR.

Harus diakui kamera dengan resolusi 0.3-2MP menghasilkan gambar yang kurang atau tidak menyerlah dan cantik berbanding kamera dengan 4MP ke atas. Namun disinilah penentu kepada tujuan asal anda.

Kamera dengan lebih Megapixel, menghasilkan gambar yang lebih besar, dengan kebolehan untuk 'cropping' tanpa menjejaskan kualiti imej kerana kelebihannya yang terletak kepada saiz pixel yang lebih banyak.

Tetapi adalah harus diingat, Megapixel bukan penentu mutlak kepada kualiti imej yang dihasilkan, kerana didalam sebuah kamera digital, juga kamera yang ada pada telefon bimbit pintar pada zaman ini, apa yang membantu ialah ciri-ciri perkakas dalaman 'yang tak didendang jasanya' seperti pemproses imej, sensor, lensa, dan sebagainya lagi.

Para penjual peranti-peranti ini pastilah mahu memberi 'lebih' supaya ia dapat terjual, jadi 'perlumbaan Megapixel' ini tercipta bagi melengkapkan suasana bahawa 'yang lebih itu semestinya lebih baik'.

Bukan saya menafikan telefon bimbit dengan 'kamera 13MP' berkualiti sama sahaja dengan kamera yang mempunyai resolusi kurang darinya, namun sebelum melakukan pembelian, harapnya anda jadilah pembeli yang lebih bijak dari pembeli yang lain dengan melakukan sedikit kajian mengenai produk yang anda sukai, contohnya dengan membaca atau menonton reviu-reviu dari blog-blog, laman-laman web terkemuka mahupun channel-channel YouTube yang terkenal.

Ini adalah kerana adakalanya, yang 'lebih' itu tidak semestinya bagus. Perbandingan yang boleh anda lihat adalah seperti di bawah:

Contoh gambar dengan resolusi 8MP

Contoh gambar dengan resolusi 4MP

-via

0 comments:

Post a Comment

Anak Paderi Yang Giat Memurtadkan Orang Islam Akhirnya Memeluk Islam

Kisah Benar yang diceritakan oleh Farhan bin Abdullah

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian

Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Gambar Hiasan

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.

Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;

- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.


Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan, ”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu…. Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..” Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya. Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah. Wallahu’alam….

1 comments:

Post a Comment

Surat buat Dato' Seri Najib Razak Dari Siti Hajar Aladin

Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia.

Siti Hajar Aladin

Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?


BR1M atau Subsidi Minyak?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Dato Seri,
Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.

Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40

Harga Rumah Semakin Menaik Di Malaysia

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.


Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

Gaji Rakyat Malaysia


Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Status Kerja, Kontrak dan Penjawat Tetap

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih

Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

---------------

P/S : Maka berkatalah Pak Menteri "Pergilah pindah ke US ataupun Australia" dan "Kalau roti mahal, Jangan makan roti" Kah kah kah -Cai

1 comments:

Post a Comment

Bila Dengar Azan Hati Jadi Tenang Katanya

JOHOR BAHRU – “Mendengar kelunakan bilal melaungkan azan di subuh hari sejak berusia tujuh tahun meskipun tidak mengetahui maksudnya menyebabkan hati jadi lebih tenang.

“Malah saya mulai tertanya-tanya apakah makna di sebalik kalimah suci itu,” luah Saifuddin Yong Abdullah, 55.

Menurutnya, pergaulan bersama masyarakat Islam di tempat tinggalnya dan rakan di sekolah juga membuatkan dirinya semakin tertarik untuk mengucap dua kalimah syahadah sekali gus membawa kepada pengislamannya sejak 36 tahun lalu.

“Ketika itu saya baru sahaja berusia 19 tahun. Selepas memeluk Islam, saya memberitahu kepada ibu dan ayah saya. Ibu saya menangis manakala ayah saya hanya diam sahaja. Mereka tidak pula memarahi saya, begitu juga kakak dan abang saya.

Saifuddin Yong

“Lama-kelamaan mereka mulai menerima dan merestui keputusan saya selepas mendengar ceramah daripada televisyen tentang saudara baru yang memeluk Islam dalam bahasa Mandarin dan hingga kini hubungan kami sekeluarga tetap baik,” katanya kepada media selepas ditemui pada Seminar Al-Quran sebagai Penawar di Pusat Islam Iskandar, di sini, semalam.

Saifuddin berkata, selepas tiga tahun memeluk Islam, beliau mendapat mimpi yang masih diingati hingga kini iaitu melihat batu nisan di dalam air lautan yang jernih dan terdengar suara yang menyebut akan menyeksanya sebanyak tiga kali.

“Kemudian saya terus tersedar. Saya tanya rakan-rakan dan jiran-jiran yang baik dengan saya tentang mimpi itu. Mungkin mimpi itu memberi petunjuk supaya saya lebih taat akan perintah-Nya dan meninggalkan perkara yang dilarang.

“Selain itu, selepas memeluk Islam saya dapat rasakan seperti malaikat bersama dan bantu saya kerana dalam masa sejam sahaja buat kali pertama saya dapat menghafal bacaan dalam solat iaitu surah Al-Fatihah dan bacaan tahiyat awal dan
tahiyat akhir. Saya amat yakin dengan perasaan itu,” katanya.

Kemanisan pengislaman Saifuddin Yong tambah bermakna apabila beliau bertemu jodoh dengan isterinya yang berbangsa Melayu selepas lima tahun menjadi Muslim dan kini dikurniakan tiga zuriat berusia 11 hingga 27 tahun berserta tiga orang cucu.

“Syukur walaupun berlainan agama ibu dan ayah saya tetap menerima menantu, cucu dan cicitnya. Hubungan kami juga sangat akrab.

“Berbeza agama tidak menjadi halangan kami untuk hidup bahagia. Saya juga masih kerap datang ke kelas agama bagi mendalami ilmu tentang Islam,” katanya.

-Sumber

0 comments:

Post a Comment

Kilang Pau Babi Di Robohkan Oleh Majlis Perbandaran

SELAYANG - Keresahan penduduk di Jalan 31, Selayang Bharu sejak tujuh tahun lalu berakhir. Kilang pau babi yang beroperasi secara haram di sini akhirnya dirobohkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Sebelum ini,  penduduk berhampiran mengadu berdepan masalah bau dan longkang tersumbat sejak kilang berkenaan wujud.

Semalam, satu tindakan penguatkuasaan dilakukan MPS dengan merobohkan sambungan pada kilang yang beroperasi sejak tahun 2006 itu selain menyita peralatan termasuk kompaun bernilai RM12,500.

Arahan pemindahan juga telah dilakukan kerana lokasi kilang itu tidak sesuai iaitu berhampiran kawasan perumahan.


Pengarah Jabatan Bangunan MPS, Azam Mohamad berkata, tindakan perobohan dilakukan kerana pengusaha membuat penyambungan tanpa kebenaran di bawah 70 (11) akta 133.

“Tindakan pemilik membuat sambungan haram menyusahkan penduduk sekitar kerana mengganggu lalu lintas berikutan terlalu hampir dengan jalan.

“Malahan penduduk juga sukar meletakkan kenderaan kerana kawasan tersebut digunakan pemilik kilang untuk kenderaan mereka,” katanya.

Menurut Azam, notis perobohan telah dikeluarkan beberapa kali dan terakhir adalah dua minggu lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan MPS, Dr Razif Zainol Abidin berkata, kilang tersebut sebelum ini dikenakan beberapa tindakan termasuk arahan penutupan atas kesalahan 'establismen' makanan.

“Selain dibimbangi makanan tercemar, kilang tersebut juga didapati melepaskan air dan sisa buangan terus ke longkang utama menyebabkan masalah bau dan longkang tersumbat.

Daging babi dan peralatan lain antara barangan yang disita oleh MPS.

“Lesen operasi mereka telah digantung sejak dua tahun lepas tetapi mereka beroperasi sehingga kini secara haram menggunakan pekerja tempatan dan luar,” katanya.

Operasi penguatkuasaan itu diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPS, Azmi Ismail bersama lebih 60 anggota termasuk bantuan daripada pihak polis bermula jam 9 pagi.

Katanya, tindakan drastik dilakukan selepas aduan berulang diterima daripada orang awam selain tindakan pemilik yang beroperasi walaupun telah beberapa kali di kompaun.

Sinar Harian sebelum ini pernah melaporkan keluhan penduduk sekitar sini yang tidak tahan dengan bau busuk dan berdepan masalah tikus dan lalat di dakwa datang daripada kilang tersebut.

Kilang pau tersebut dipercayai dipasarkan di sekitar Lembah Klang dan dimiliki oleh warga tempatan yang turut menyediakan pau babi.

-Sumber

0 comments:

Post a Comment

Gempar! Disangkakan Besi Buruk Rupanya Bom Mortar Lama (Gambar)

TELUK INTAN - Seorang tauke kedai rempah ratus tidak menyangka besi buruk yang dijumpai di tepi premisnya di Jalan Laksamana, di sini, pagi semalam adalah bom mortar lama peninggalan zaman perang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisoner Goh Kok Liang berkata, pemilik kedai berusia dalam lingkungan 20-an itu melaporkan kepada polis sejurus menemui bom berkenaan.

“Kami segera ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada pengadu dan mendapati ia adalah sebutir bom lama jenis mortar yang dipercayai digunakan sama ada sewaktu Perang Dunia Pertama atau Kedua.

Bom jenis mortar dijumpai seorang penduduk berjaya dimusnahkan oleh pasukan Unit Pemusnah Bom daripada IPK, petang semalam.

“Bom mortar jenis 81 mm itu berukuran 0.46 meter panjang dan mempunyai kelebaran lebih kurang 15.24 sentimeter.

“Berikutan itu, kami meminta bantuan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk melakukan kerja pemusnahan,” katanya.

Kok Liang berkata, bom berkenaan berjaya dimusnahkan di sebuah kawasan selamat kira-kira jam 5.40 petang semalam.

-Sumber

0 comments:

Post a Comment

Kisah Yang Menyeramkan Di Sebalik Pembersihan Kawasan 'Ayah Pin'

Seram sejuk admin baca kisah Hj Lokman ini semasa dia mengadakan satu upacara membersihkan kawasan yang dikatakan bekas ajaran 'Ayah Pin' dijalankan.. Pelbagai perkara-perkara pelik dan seram yang  tejadi hasil gangguan drpd jin yang menapak dikawasan itu.. Mari ikuti Kisah Hj lokman ini dan semoga memberi manfaat kepada para pembaca sekalian..


Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama…

Namun, ramai yang tak tahu kisah benar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970an lagi.

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.

Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Hj. Lokman
19 November 2010

-via

0 comments:

Post a Comment

Gadis Pertikai Hukum Allah Seolah-Olah Dibakar

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Gambar Hiasan

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

-via

0 comments:

Post a Comment