Gempar! Disangkakan Besi Buruk Rupanya Bom Mortar Lama (Gambar)

Advertisement
TELUK INTAN - Seorang tauke kedai rempah ratus tidak menyangka besi buruk yang dijumpai di tepi premisnya di Jalan Laksamana, di sini, pagi semalam adalah bom mortar lama peninggalan zaman perang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisoner Goh Kok Liang berkata, pemilik kedai berusia dalam lingkungan 20-an itu melaporkan kepada polis sejurus menemui bom berkenaan.

“Kami segera ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada pengadu dan mendapati ia adalah sebutir bom lama jenis mortar yang dipercayai digunakan sama ada sewaktu Perang Dunia Pertama atau Kedua.

Bom jenis mortar dijumpai seorang penduduk berjaya dimusnahkan oleh pasukan Unit Pemusnah Bom daripada IPK, petang semalam.

“Bom mortar jenis 81 mm itu berukuran 0.46 meter panjang dan mempunyai kelebaran lebih kurang 15.24 sentimeter.

“Berikutan itu, kami meminta bantuan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk melakukan kerja pemusnahan,” katanya.

Kok Liang berkata, bom berkenaan berjaya dimusnahkan di sebuah kawasan selamat kira-kira jam 5.40 petang semalam.

-Sumber


Apa Komen Anda?

0 comments:

Post a Comment