Suami Tidak Sentuh Isteri Selama 2 Tahun Dan Tidak Tidur Bersama

Advertisement
Kisah yang akan aku ceritakan adalah kisah hidupku. Aku tak sangka ianya terjadi padaku. Suami yang aku benar-benar cintai setulusnya tergamak menceraikan aku dengan TALAK TIGA. Cerai yang tidak boleh dirujuk. Hanya tuhan yang tahu betapa remuknya hati ini.......

Imbasan (April 2010)

Hari ini genapla dua tahun suamiku tidak menyentuhku. Kami tidak tidur bersama. Katanya, dia memang sayangkan aku, tetapi, apabila dia ingin mendekatiku, nafsunya tiba-tiba hilang. Akhirnya aku hanya menggigit jari. Tiada nafkah batin untukku selama 2 tahun, namun aku redha... Puas la kami pergi berubat ke sana kemari. Namun kata tok guru yang ubatkan suamiku, suamiku terkena guna-guna. Tapi aku tak percaya.....

Gambar Hiasan

Suatu hari, sepupuku datang bertandang ke rumah. Dia memberitahu rahsia besar kepadaku. Rahsia inilah yang mengubah perjalanan hidupku buat selama-lamanya. Katanya suamiku telah bernikah lagi dengan seorang wanita kampung sebelah. Pada mulanya aku tak percaya kata-kata sepupuku itu, Namun apabila muncul beberapa orang saksi, barulah aku percaya. Aku membuat rancangan sendiri. suatu hari, aku mengekori suamiku. Memang benar, suamiku ternyata ke rumah wanita yang sepupuku maksudkan. Aku tak dapat menahan amarahku, lantas aku menyerang suamiku dan wanita itu. Terjadilah pertengkaran yang maha hebat, antara aku dan suamiku. Di sanalah, terbongkar segala-galanya.... Dia mengatakan dia memang tak bernafsu denganku dan di sana juga lah aku di ceraikan dengan talak tiga. Aku menangis tersedu-sedu. Selama kami bernikah hampir suku abad, anak dah berderet, kenapa baru sekarang dia kata dia tak bernafsu denganku? Semasa kami susah, akulah berada di sampingnya... Kami pernah makan nasi dengan garam bersama-sama, tapi bila dia dah senang, dia semakin kaya, kenapa begitu mudah dia melupakann aku? Bukankah akulah wanita yang dipuja-pujanya sebelum diri ini dimiliki? Hatiku benar-benar terluka.

Sejak hari itu, aku membawa hati yang luka... hanya anak-anak tempat aku menumpang bahagia.... Tanpa diduga, ada juga insan yang ingin mengubati luka ini. Akhirnya, aku bernikah dengan insan ini. Walaupun insan ini tak sekaya bekas suamiku, namun aku bersyukur, insan ini banyak membimbingku. Doakan kebahagiaan perkahwinan kedua ku ini........................

Seperti yang diceritakan sepupu pencerita
Manisa (Bukan nama Sebenar)
Johor

-Sumber


Apa Komen Anda?

0 comments:

Post a Comment