Nekad Tangkap Biawak Guna Tangan Kosong
Advertisement
PARIT BUNTAR - Hanya menggunakan tangan kosong, anggota Pasukan Keselamatan Sukarelawan Kerian (PKSK), Tan, 62, berupaya menjinakkan seekor biawak agresif yang tersesat masuk ke dalam rumah seorang penduduk di Taman Wawasan, di sini, kelmarin.Tan berkata, tanpa rasa takut, dia yang menerima panggilan memaklumkan insiden itu pada jam 4.30 petang bergegas ke lokasi.
Tan memegang biawak yang berjaya ditangkapnya. |
Menurutnya, pemilik rumah yang dimasuki reptilia itu sebenarnya adalah ibu saudaranya sendiri.
"Biawak sebesar anak buaya itu menyelongkar makanan di dalam rumah dan bertindak agresif ketika didekati.
"Saya tidak membawa apa-apa kelengkapan dan menangkap biawak itu menggunakan tangan sahaja," katanya ketika ditemui di rumah pengadu.
Tan berkata, dia hanya mengambil masa 10 minit untuk menangkap reptilia yang cuba menggigit tangannya itu.
“Biasanya kita menggunakan kelengkapan untuk menangkap reptilia ini, tetapi saya nekad menangkapnya menggunakan tangan.
"Saya memasukkan biawak yang ditangkap ke dalam guni dan melepaskannya kembali di sebuah hutan bakau berhampiran,” katanya.
-Sumber
0 comments:
Post a Comment